PETUNJUK
BANNER
Wednesday, 18 June 2014
Friday, 11 April 2014
PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
Penyataan Dasar
Dasar Pendidikan Pencegahan Dadah, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian adalah dasar mengenai keperluan murid, guru, kakitangan dan ibu bapa untuk menerima pendidikan pencegahan dadah bagi memastikan institusi pendidikan bebas dadah yang merupakan salah satu objektif Dasar Dadah Negara. Dasar ini dilaksanakan melalui empat pendekatan utama iaitu pengurusan dan kepimpinan, kurikulum, kokurikulum dan pembentukan sahsiah.
Visi
Sekolah Bebas Dadah
Misi
Melahirkan pelajar bebas dadah melalui pelaksanaan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) yang mantap dan berkesan dalam mempastikan sekolah bebas dari dadah.
Matlamat
Matlamat Pendidikan Pencegahan dadah di Sekolah ialah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran “Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012”.
Fungsi
- Pendidikan Pencegahan Awalan untuk rokok, dadah, inhalan, alkohol dan HIV/Aids.
- Pengurusan Program Intervensi untuk murid yang berisiko dan terlibat mencuba
- rokok, dadah, inhalan, alkohol dan HIV-Aids.
- Pengurusan Data, Penyelidikan, Dokumentasi dan Publisiti berkaitan PPDa.
- Pengurusan Hubungan Luar
Friday, 10 January 2014
MAKLUMAT SEKOLAH
VISI :
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
MISI :
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti
Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
COGAN KATA :
SEKOLAH BERMUTU PELAJAR BERILMU
LAGU SEKOLAH
SMKJK yang ku bangga
Membentuk insan jaya
Sekolah bermutu pelajar berilmu
Matlamat yang dituju
Guru mengajar penuh usaha
Tidak kenal erti jemu
Demi kejayaan anak bangsa
Menempuh cabaran yang ada
Korus:
Maju Jaya Berjasa
Itu pegangan kami
Berusaha terus maju
Masa depankan gemilang
Sekolah kebanggaan kami
Di sini kami berjanji
Menjadi insan yang berguna
Kepada agama, bangsa, Negara
Subscribe to:
Posts (Atom)