langkah-langkah Bagi Berhenti Meminum Minuman Keras.
Penagih bagi peminum arak (Alkohol) memerlukan rawatan
seperti berikut:
Kecenderungan untuk menjadi penagih alkohol di kalangan
lelaki dan wanita adalah 4 kali ganda jika ibu bapa mereka juga penagih
alkohol. Oleh itu Ketagihan alcohol ini boleh diwarisi. Penagihan alkohol perlu dirawat sebagai satu
penyakit. Ini adalah penting dan cara yang baik untuk mengatasi masalah minum
arak ini ialah dengan berhenti meminumnya. Ada dua jenis ubat yang boleh diberi
untuk merawat masalah ini adalah ubat yang dikenali sebagai antabuse. Ubat ini
boleh menimbulkan reaksi fizikal yang teruk sekiranya pesakit meminum alkohol
semasa mengambil ubat ini. Kedua ialah ubat Naltrexone, ia menyekat keinginan
untuk meminum arak dan merasa nikmat kemabukannya.
Justeru itu seseorang individu perlu menjaga kesihatan dan
memelihara diri agar aspek kesihatan darisegi fizikal dan psikologikal sihat
daripada sebarang kesan yang serius akibat daripada penyalahgunaan alkohol.
Oleh yang demikian terdapat pepatah yang mengatakan “Menghindari lebih baik
daripada mengubati”.
Disini terdapat beberapa langkah bagi membantu individu
untuk berhenti meminum arak di antara langkah-langkah tersebut adalah:
(1) Langkah pertama dan yang terbaik untuk mengelak diri
anda dari menjadi penagih alkohol adalah dengan mengakui diri anda sebagai
seorang peminum.
(2) Ubah gaya hidup anda. Jauhi dari tempat-tempat yang
boleh menyajikan alkohol (kelab malam, parti dan majlis tari menari)
sehinggalah anda boleh mengawal diri anda dari minum. Apabila anda berjaya
mengatasi masalah ini,
mintalah jus, soda atau kopi sebagai ganti, jika anda
menghadiri majlis-majlis tertentu.
(3) Jika rakan-rakan anda mempelawa anda minum alkohol untuk
meraikan majlis mereka, terangkan kepada mereka yang anda telah berhenti. Anda
boleh mencari rakan baru sekiranya mereka tidak setuju tindakan anda ini.
(4) Dapatkan sokongan sosial dengan menghadiri perjumpaan
kumpulan motivasi/bantu diri untuk menguatkan pendirian anda.
(5) Pengawasan ibu bapa adalah penting agar anak-anak mereka
tidak terjebak dalam gejala yang negatif ini. Dengan menyiasat dengan siapa
anak-anak mereka berkawan dan sebagainya.
(6) Ketahuilah had
dan batasan anda dan kekalkan prinsip ini.
(7) Curahkan segala
masalah anda kepada yang sudi mendengarnya dan yang mengambil berat tentang
diri anda.
Mungkin ini akan mengurangkan kesedihan anda dan mengelakkan
diri dari mengambil alkohol.
(8) Cari jalan lain
untuk menenangkan diri anda selain dari alkohol (hobi, senaman, aktiviti
fizikal dan menonton wayang)
(9) Sedarilah bahawa
anda sebagai simbol dan model yang baik kepada anak-anak anda kerana mereka
belajar dari apa yang mereka lihat.
(10) Kuatkan pegangan agama anda. Semua agama melarang pengambilan
dan penyalahgunaan alkohol.