PETUNJUK
BANNER
Thursday, 14 March 2019
Wednesday, 6 March 2019
KESAN PENGAMBILAN ALKOHOL
Kesan / Akibat Meminum Minuman Keras
Kesan minum arak dan alkohol. Alkohol bukan sahaja boleh
memabukkan, tetapi juga mampu memudaratkan kesihatan diri sekiranya diamalkan
berterusan. Ia umpama kombinasi dadah dan racun kepada badan kita. Malahan
hampir setiap agama di dunia ini turut melarang tabiat tersebut di kalangan
para penganutnya. Kesan ketagihan akibat meminum alkohol bukannya bergantung
kepada jenis alkohol tetapi jumlah yang diminum pada satu-satu masa.
Manakala ilmuan Islam iaitu Abdul Laith Assamarqandi berkata
dalam kitabnya Tanbihul Ghafilin: “ Awaslah kamu dari meminum arak kerana ia
mengandungi sepuluh bahaya:
1. Peminumnya berkelakuan seperti orang gila dan menjadi
bahan ketawa anak-anak kecil dan tercela di kalangan orang-orang berakal.
2. Memboroskan harta dan merosakkan akal.
3. Menyebabkan permusuhan dengan kawan-kawan.
4. Terhalang daripada mengingat Allah dan sembahyang.
5. Terdorong melakukan zina kerana dalam keadaan mabuk si
peminum mungkin menceraikan isterinya tanpa disedari.
6.Arak adalah pembuka bagi segala kejahatan.
7. Perbuatan meminum arak mengganggu Malaikat yang menjaga
si peminum disebabkan kefasikan dan bau busuk arak yang diminumnya.
8. Dikenakan hukuman dera 80 kali di dunia dengan disaksikan
oleh keluarga dan teman-teman.
9. Perbuatan meminum arak menutup pintu langit disebabkan
segala kebaikan dan doanya tidak terangkat ke langit selama 40 hari.
10. Membawa akibat buruk terhadap diri si peminum kerana
ditakuti tercabut imannya ketika mati.
Ini telah banyak dibuktikan melalui kajian-kajian ilmiah
samaada darisegi sains, psikologi dan kemasyarakatan menunjukan kebenaran yang
jelas bahawa sesetengah jenayah dan keruntuhan akhlak dan moral yang berlaku
dalam masyarakat di antara lain berpunca dari gejala arak. Meminum arak boleh
membawa akibat-akibat yang sangat buruk terhadap diri peminum, keluarga dan
masyarakat.
Pada dasarnya terdapat dua kesan yang ketara pada penagih
alkohol terhadap kesihatan dan perhubungan sosial, bagi individu yang meminum
arak iaitu kesan jangka pendek dan jangka panjang. Kesan jangka pendek
pengambilan alkohol lebih kurang satu botol besar menjadikan seseorang itu
kurang daya koordinasi seperti tidak boleh berjalan dengan betul dan tidak
boleh membuka pintu. Dalam masa yang singkat ini juga boleh menyebabkan
hangover. Hangover lazimnya disebabkan oleh keracunan alkohol, bahan lain dalam
alkohol dan tindakbalas ketagih alkohol.
1.Kesan dari segi Kesihatan:
Tanda-tanda hangover alkohol termasuklah sakit kepala, loya,
muntah, cirit birit, gangguan pergerakan usus dan menggeletar selama 8 – 12 jam
kemudian Kesan jangka panjang akan dirasai selepas meminumnya selama beberapa
bulan atau tahun. Kesan utama adalah seperti sakit jantung, hati atau penyakit
dalam perut. Bila situasi ini berlaku mereka akan kurang selera makan,
kekurangan vitamin, jangkitan penyakit, mati pucuk atau kekurangan haid.
Kematian yang awal adalah lebih kerap pada orang yang kuat minum, terutamanya
daripada sakit jantung atau hati, radang paru-paru, kanser, keracunan alkohol
yang teruk, kemalangan, pembunuhan dan pembunuhan diri.
2.Kesan Pada anggota Tubuh Badan:
a) Kesan pada otak
1) Selepas minum, alkohol akan meresap dari usus kecil ke
dalam darah. Alkohol terus dibawa ke jantung yang kemudiannya mengepam darah
beralkohol tadi ke seluruh tubuh. Dari sini ia terus meresap ke dalam otak dan
seterusnya ke urat saraf. Otak merupakan salah satu organ penting yang dimiliki
oleh manusia kerana otaklah yang mengawal segala pergerakan dan perlakuan
seseorang dan dengan kemasukan bahan asing ini ke dalamnya ia akan mempengaruhi
pergerakan dan kelakuan peminumnya.
2) Menyebabkan berlakunya penindasan kawasan-kawasan yang
biasanya mengawal maruah dan disiplin diri sehingga peminum mula merasa kurang
sifat malu, fikiran bercelaru, dan pergerakannya pula agak tidak terkawal.
3) Kurang keupayaan dari segi belajar, membentuk idea
spontan, menumpukan fikiran, dan membuat pertimbangan yang teliti. Semakin
banyak jumlah alkohol yang diminum semakin kuat otak tertindas sehinggakan
boleh menyebabkan tidak sedarkan diri dan seterusnya kematian.
b) Kesan pada hati
1) Setiap kali seorang peminum meminum alkohol, hati akan
mengalami kecederaan (mendapat luka). Sel hati akan mati dan menjadi parut.
Parut ini akan mengurangkan kemampuan hati untuk berfungsi dengan sempurna.
Parut yang serius akan menyebabkan hati tidak dapat berfungsi langsung. Keadaan
ini disebut sirosis hati dan boleh membawa maut.
2) Bengkak hati (hepatitis) juga boleh berlaku disebabkan
oleh lebihan toksik alkohol. Pada mulanya ia menyebabkan hati mengembang dan
lama kelamaan saluran darah akan mengecut. Ini menyebabkan darah tidak dapat
mengalir ke hati dengan sempurna dan akhirnya saluran darah akan membengkak
lalu pecah. Pada peringkat kritikal, penghidap hepatitis akan mengalami muntah
darah dan najis mereka akan bercampur dengan darah. Kesan pada perut Alkohol
menyebabkan kerengsaan perut (gastritis) yang akhirnya boleh membawa kepada
ulser. Bagi mereka yang memang menghidapi ulser perut, sakitnya akan menjadi
semakin teruk.
c) Kesan pada saraf
1) Boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti sindrom
Wernicke-Korsakoff dan kerosakan sel-sel otak, yang seterusnya membawa kepada
komplikasi psikiatri. Peminum boleh mengalami halusinasi pendengaran, amnesia,
paranoia, depresi dan kecenderungan membunuh diri.
d) Kesan pada janin dan anggota lain dalam tubuh badan:
1) Peminum alkohol kronik yang sedang hamil boleh
menyebabkan kandungannya mempunyai ciri-ciri kecacatan seperti kekurangan berat
badan, saiz kepala yang terlalu kecil berbanding tubuh, kurang penyelarasan
otot, keadaan muka yang rata, dan kelemahan sendi-sendi.
2) Bertindak dengan pelbagai sistem dan organ tubuh. Contohnya,
kesan terhadap sistem peredaran tubuh menyebabkan darah lebih banyak dialirkan
ke kulit. Ini menyebabkan kulit peminum menjadi kemerah-merahan dan perpeluhan
meningkat. Pengepaman jantung juga bertambah pantas dan kuat seperti individu
yang sedang melakukan senaman. Kepada penghidap penyakit jantung, mereka
mempunyai kemungkinan diserang penyakit itu.
3) Lebih cenderung membuang air kecil dengan kerap kerana
etanol boleh merencat hormon penahan kencing.
4) Mungkin mengalami anemia, hipoglisemia (kekurangan gula
di dalam darah), dan ketandusan vitamin.
5) Boleh meningkatkan risiko kanser sebanyak 15 kali
terutamanya pada bahagian mulut dan tekak.
6) Apabila diminum dengan banyak arak boleh merosakkan
selaput lendir perut dan menjadi racun yang meresap dengan cepat ke dalam
bahagian tubuh manusia terutama jantung dan buah pinggang.
7). Meminum arak boleh menjadikan seseorang itu mendapat
sesak nafas yang akan menganggu alat pernafasan.
8). Meminum arak ketika perut kosong atau sebelum sarapan
boleh menyebabkan berlakunya barah dalma perut.
9). Boleh menyebabkan tekanan darah tinggi (hypertension)
yang boleh menyebabkan serangan mengejut ( stroke ) dan penyakit jantung.
10). Boleh menghilangkan ingatan seseorang dan menjadikan
ianya kurang siuman dan hilang harga diri.
3.Kesan dari segi Keagamaan:
Peminum minuman keras biasanya akan melupakan semua
kebaikan, mengabaikan dirinya dari mengerjakan ibadat sembahyang dan mengingati
Allah Taala dapat menghancurkan moral, meruntuhkan akhlak dan melemahkan
perasaan dan semangat untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang manusia
yang dipandang mulia, waras dan berakal.
Keimanannya makin lama akan berkurangan, segala maksiat dan
kejahatan menjadi sebati dan dianggap baik untuk dilakukannya. Dan jika mati
dalam keadaan mabuk sudah pasti kerugian yang amat besar diperolehnya kerana
tidak sempat bertaubat dan memungkinkannya menjadi kufur, sebagaimana hadis
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Iman Al Hakim:
Ertinya: “Barangsiapa melakukan zina atau meminum arak, maka
Allah Taala akan lucutkan imannya dari dirinya sebagaimana seseorang membuka
baju dari kepalanya”.
4.Kesan terhadap kerukunan rumahtangga:
Minuman Keras juga dapat menjejaskan kehidupan aman
berumahtangga apabila wang perbelanjaan keluarga akan dihabiskan semata-mata
menurut hawa nafsu ketagihan arak. Pertelingkahan akan sering terjadi di antara
suami isteri dan seluruh keluarga yang
terlibat. Suami yang mabuk disebabkan arak ini sudah pasti tidak dapat lagi
menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ketua dalam rumahtangga dengan baik.
Anak-anak akan menjadi mangsa kurangnya penjagaan, Pengawasan dan pemedulian
orang tuanya. Apabila keadaan sudah terjadi begini, anak-anak akan kurang
didikan yang sempurna dan akibatnya anak-anak akan kurang didikan yang sempurna
dan tercicir dalam bidang pelajaran oleh itu timbul masalah-masalah gejala
sampingan antaranya ponteng sekolah, menjadi anak-anak nakal, tidak lagi
menghormati orang tua dan lain-lain kesan negatif. Ini adalah disebabkan
keluarga yang keadaannya sudah kucar-kacir dan tidak lagi mengutamakan cara
hidup yang betul dan hilanglah kerukunan hidup berkeluarga disebabkan pengaruh
anak yang sangat bahaya.
5.kesan terhadap masyarakat:
Apabila seseorang itu meminum minuman keras secara terus
menerus, ini bererti ianya telah ketagihan dan tidak dapat melepaskan dirinya
dari cengkaman arak. Dengan demikian, si peminum akan bertambah sesat, hilang
pengawalan terhadap diri sendiri dan orang-orang yang berada di sekitarnya.
Pengaruhnya yang sangat bahaya terhadap saraf-saraf otak di mana boleh
mengakibatkan seseorang penagih tidak mampu mengendalikan diri, tingkah laku
dan hilang pula rasa malu. Maka dalam hal ini hilang kesinambungan diri dan
jauh dari nilai-nilai akhlak dan timbul
pula keberanian untuk melakukan tindakan-tindakan
negatif terhadap orang lain. Antaranya timbulnya permusuhan dan kebencian di
kalangan teman-teman dan masyarakat sekelilingnya. Keamanan dan keselamatan
masyarakat akan tergugat apabila terjadinya perkara-perkara sumbang, merosakkan
rumahtangga orang lain dan bermacam-macam lagi akibat buruk akan terjadi
disebabkan oleh arak. Sebagaimana Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:
Ertinya: “Janganlah kamu meminum arak kerana arak adalah
kunci segala kejahatan”.
6. Kesan terhadap keselamatan umum:
Kesan yang jelas di sini ialah apabila seorang peminum arak
yang mabuk memandu kenderaan di jalan raya adalah satu keadaan yang sangat
merbahaya, baik terhadap diri peminum itu sendiri mahupun orang ramai.
Kemalangan atau kecelakaan lalulintas akan berlaku yang mana boleh
mengakibatkan kecerderaan dan menyebabkan kematian orang yang tidak berdosa.
Malah si peminum arak itu sendiri akan mengalami kecederaan atau kecacatan pada
anggota tubuh badannya, kurang siuman sekiranya mengenai bahagian otaknya paling
malang lagi apabila membawa kepada kematian si peminum itu sendiri.
Selain itu, kesan-kesan yang buruk yang boleh berlaku akibat
meminum arak seperti boleh melibatkan kestabilan ekonomi, keamanan dan berlaku
kehuru-haraan dalam sesebuah negara apabila penagih-penagih arak wujud di dalam
sesebuah sector kerajaan atau swasta yang mana boleh membawa kepada
penyalahgunaan kuasa, hartabenda, penyelewengan wang negara, pecah amanah dan
sebagainya.
Subscribe to:
Posts (Atom)