PETUNJUK

BANNER

Tuesday, 19 February 2019

12 CARA BERHENTI MEROKOK PALING EFEKTIF

"Apa yang susah sangat berhenti merokok?"

















Berikut adalah 12 cara anda boleh cuba untuk berhenti merokok dengan berkesan. 



Cara Berhenti Merokok #1: Tekad yang kuat

Buat senarai apa kebaikan yang ada dapat dan jimat
dengan berhenti merokok.

Berikut adalah 13 senarai kebaikan yang boleh bantu
anda: *SILA TAIP & TAMPAL

1. "Saya akan panjang umur jika saya berhenti merokok" 
Satu dari dua perokok mati lebih awal disebabkan penyakit
berkaitan merokok. Merokok membunuh hampir 5 ribu rakyat
 Malaysia setiap tahun.

2. "Saya dapat selamatkan diri dari bahan bahaya"
Asap rokok ada hampir 4,000 bahan kimia dan 50 daripadanya
boleh menyebabkan kanser.

3. "Saya boleh cegah diri dari penyakit"
Hampir 40 jenis penyakit yang berkait dengan merokok.
Kanser paru-paru, sakit jantung, penyakit paru-paru yang
 kronik,strok dan ulser di bahagian lapisan kulit perut
adalah antara penyakit-penyakit bahaya akibat tabiat merokok.

4. "Saya lebih sihat jika berhenti merokok"
Mereka yang tidak merokok kurang mendapat batuk,
selsema dan lain-lain penyakit pernafasan berbanding
 dengan perokok

5. "Saya boleh cegah diri dari mudaratkan orang lain"
Ia memberi kesan kepada orang di sekeliling anda, di
mana asap rokok tersebut boleh mendatangkan serangan
asma dan lain-lain penyakit berkaitan dengan pernafasan

6. "Saya menjadi contoh yang baik terutama
 keluarga dan anak-anak"

7. "Saya akan lebih cergas, dan badan lebih sihat"

8. "Deria bau dan rasa saya akan lebih baik"

9. "Gigi saya putih dan nafas saya segar"

10. "Rambut dan pakaian saya bebas dari asap rokok"

11. "Saya boleh jimatkan wang. Sangat banyak"
Labur wang anda berbanding membeli rokok (RM5.00
sehari, pelaburan =RM 150.00 sebulan = RM 1800.00
setahun. Jika anda melabur untuk 10 tahun, anda sudah
mempunyai RM18,000.00 dalam akaun simpanan anda).

12. "Saya boleh lindungi alam sekitar"
Puntung rokok dibuang oleh perokok boleh menyebabkan
 kebakaran

13. "Saya lebih subur untuk dapatkan anak"
Senarai ini sangat bagus untuk anda baca, lihat hari-hari
dan seeloknya TAMPAL di tempat yang mudah anda lihat.
 Ia adalah amalan yang baik jika anda baca hari-hari dan
berazam untuk berhenti merokok dengan cepat. 





Cara Berhenti Merokok #2: Berfikir positif

Katakan pada diri "Syabas, akhirnya saya dapat
berhenti merokok". Abaikan godaan kata-kata kecil yang
 ingin mengajak anda untuk merokok semula.

Beri penghargaan kepada diri jika berjaya menahan diri 
dari beli rokok. Anda wajar dihargai kerana menahan diri
 dari beli rokok bukan mudah. Ia satu kejayaan besar.

Guna duit yang biasa anda guna untuk beli rokok
dengan beli barang kesukaan yang menggembirakan.
Reward diri. Ia satu kepuasan.


Cara Berhenti Merokok #3:  Set target masa

Berhenti merokok secara mengejut memang tak
 mudah. Anda mungkin boleh menyakitkan diri sendiri.
  Sangat tersiksa. 

Oleh itu, buat target masa secara berkala. 
Mula-mula, tahan diri untuk beberapa jam. Setelah berjaya,
 extend lagi untuk beberapa hari. Kemudian, untuk beberapa minggu.

Makin lama, rasa ingin merokok akan berkurang.
Don't push yourself too hard. Ambil masa anda,
set target dan akhirnya pasti berjaya.


Cara Berhenti Merokok #4: 
Sokongan dari rakan dan ahli keluarga.

Persekitaran juga tidak kurang pentingnya untuk
bantu anda berhenti merokok. Rakan dan ahli
keluarga boleh bantu anda untuk saling ingatkan
 supaya tidak merokok. 

Dorongan dari orang tersayang mungkin boleh
membantu menguatkan semangat anda untuk
 berjuang berhenti dari merokok.


Cara Berhenti Merokok #5: Banyakkan tidur.

Menahan diri dari merokok memang siksa. Asyik
terbayang-bayang. Melawan diri dari godaan kata-kata
 kecil memang memerlukan kekuatan jiwa.

Rehatkan minda dengan banyakkan tidur.
Ia merehatkan minda anda dari sentiasa memikirkan
untuk merokok.


Cara Berhenti Merokok #6:  
Sibukkan diri dengan aktiviti

Berseorangan dan bosan sangat bahaya
untuk perokok. Keadaan ini boleh 'menggoda' 
perokok supaya merokok.

Cari aktiviti yang menghalang anda untuk 
bersendirian. Bersenam, bekerja atau berbasikal
adalah aktiviti mudah untuk lupakan anda dari rasa
 ingin merokok. Biarkan masa terluang anda penuh
 dengan aktiviti yang memenatkan.

Ia mungkin berbaloi dan membantu.


Cara Berhenti Merokok #7: 
Pergi ke tempat larangan merokok.
Habiskan masa di luar dengan berada di
tempat larangan merokok. Lagi best bila ada signboard
  "Kompaun RM300 jika anda merokok di sini"

Sudah pasti tidak berbaloi jika anda masih ingin
 merokok tetapi duit melayang.


Cara Berhenti Merokok #8 : 
Minum air kosong dengan banyak.

Cuba untuk minum air kosong yang lebih banyak
dari sebelumnya. Air boleh buang racun dalam badan.

Ia juga boleh jarakkan diri dari keinginan untuk merokok
. Mungkin lama-kelamaan keinginan untuk merokok boleh
 hilang, dan berjaya berhenti merokok untuk sekian kalinya.


Cara Berhenti Merokok #9: Cari pengganti rokok
Apabila dalam beberapa hari pertama gagal untuk
berhenti merokok, cubalah untuk menggunakan
pengganti rokok, seperti: gula-gula getah. 

Ini boleh membantu menyingkirkan kebiasaan
 mencari rokok yang akhirnya boleh membantu
berhenti merokok.


Cara Berhenti Merokok #10: Cuba akupunktur

Akupunktur adalah kaedah semula jadi yang boleh
 bantu hilangkan rasa ketagih pada nikotin tanpa
sakit. Ia juga boleh bantu kesan selepas berhenti
 merokok seperti tekanan psikologi, rasa murung
dan rasa cemas kerana nikotin.

Ia bantu badan jadi lebih sihat dan otak
 lebih mudah berfikir.


Cara Berhenti Merokok #11
Sibukkan diri selepas makan

Masa yang biasa untuk perokok 'layan' rokok
mereka adalah selepas makan. Memang dah terbiasa,
tak boleh nak ubah.

Jadi, lepas makan, sibukkan masa dengan perkara 
lain. Mungkin terus gosok gigi atau bersenam. Idea
 ini nampak mudah tapi praktikalnya sangat susah.
 Memerlukan azam yang tinggi untuk berjaya.


Cara Berhenti Merokok #12: Minta nasihat doktor. 

Ia mungkin cara terakhir untuk dapatkan nasihat
doktor bantu kurangkan ketagihan dan
 seterusnya berhenti merokok.

Mungkin ada ubat atau cara terbaik yang
boleh diperolehi dari pakar kesihatan atau
 doktor demi menjayakan misi besar ini.







No comments:

Post a Comment