Kajian ini dilakukan oleh para penyelidik dari John Hopkins
University di Baltimore, Amerika Syarikat. Mereka menggunakan tikus untuk
melakukan percubaan efek sampingan pada
asap rokok elektrik.
Kajian itu mendapati wap dari rokok elektrik yang mengandung
racun, mengganggu sistem pernafasan, bagi yang menghisap ataupun orang-orang
yang menghirupnya.
Lebih lanjut, dalam penelitian tersebut, asap rokok elektrik
dinyatakan menghambat kemampuan tikus untuk membersihkan bakteria dari
paru-paru. Sehingga virus menyebabkan peningkatan berat badan dan kematian.
Perlu diketahui, rokok ini membahayakan sistem kekebalan
tubuh dalam paru-paru, hal ini disebabkan rokok elektrik menghasilkan bahan
kimia yang berbahaya, sama seperti rokok nikotin tradisional.
Seperti yang dilaporkan oleh Timesofindia, Jumaat
(6/2/2015), Seorang profesor dari Johns Hopkins Bloomberg School of Public
Health di Amerika Syarikat, Shyam Biswal mengatakan “Kajian kami mendapati
rokok elektrik membahayakan kekebalan tubuh dan mendatangkan keburukan pada
paru-paru.”
Perokok di kalangan remaja kini sebahagian berpindah dari
menggunakan rokok nikotin tradisional ke rokok elektrik. Sebahagian orang
menilai bahawa, rokok elektrik menurunkan risiko kesihatan termasuk penyakit
paru-paru.
Untuk mengetahui kebenarannya, kajian menguji dengan
menggunakan tikus sebagai model. Dalam penelitian ini, tikus dibagi menjadi dua
kelompok. Pertama, tikus diletakkan dalam ruangan inhalasi yang mengandung asap
rokok elektrik dan kelompok tikus kedua hanya terkena udara.
Hasil kajian mendapati tikus yang tercemar asap rokok
elektrik mengalami gangguan imun dan infeksi bakteria. Hal ini disebabkan,
rokok elektrik mengandung radikal bebas atau racun dalam asap rokok dan
pencemaran udara. Radikal bebas mampu merosak DNA atau molekul lain di dalam
sel yang menyebabkan kematian pada sel tubuh.
No comments:
Post a Comment