PETUNJUK

BANNER

Friday, 22 January 2016

KESAN SAMPINGAN MENGHISAP ROKOK VAPER













ROKOK elektrik kebiasaannya dikatakan lebih selamat dari rokok 
konvensional alias rokok tembakau. Namun menurut kajian saintis 
Jepun, rokok elektrik atau lebih dikenali vapor kini boleh menjadi 
agen penyebab kanser 10 kali ganda berbanding tembakau biasa.

Hal tersebut telah dipelajari oleh pasukan penyelidik yang 
ditugaskan oleh Kementerian Kesihatan Jepun yang mempelajari 
wap yang dihasilkan oleh rokok elektrik. Menurut laporan media, 
seperti dipetik dari Channelnewsasia, Khamis, (23/11/2014), rokok
 elektrik ini mempunya risiko karsinogen yang lebih berbahaya

Rokok elektrik ini semakin popular di seluruh dunia, terutama 
di kalangan anak muda. Alat tersebut bekerja dengan memanaskan 
cecair berperisa, yang mengandungi nikotin, menjadi wap yang 
dihirup seperti rokok tradisional, tetapi tanpa asap.

Penyelidik mendapati karsinogen seperti formalin dan asetaldehida 
dalam wap yang dihasilkan oleh beberapa jenis cecair rokok elektrik, 
menurut laporan televisyen TBS. Formalin, zat yang ditemui 
dalam bahan bangunan dan kapur barus mayat, 10 kali ganda
 jumlahnya ditemukan pada rokok elektrik, daripada asap rokok biasa.

Naoki Kunugita dan pasukannya dari Institut Kebangsaan 
Kesihatan Masyarakat menyampaikan laporan kepada pihak 
kementerian. Baik para ilmuwan mahupun orang dari Kementerian 
Kesihatan akan bersedia untuk mengesahkan laporan itu.

Secara umum dengan banyak bidang kuasa, Jepun tidak 
menetapkan rokok elektrik yang mudah dibeli di Internet. 
Walau bagaimanapun, tidak seperti di beberapa negara-negara 
Barat, rokok elektrik ini tidak boleh didapati di kedai-kedai.

Pada bulan Ogos, Pertubuhan Kesihatan Dunia WHO meminta 
kerajaan untuk melarang penjualan rokok elektrik kepada anak-anak. 
Badan kesihatan PBB juga mengatakan rokok elektrik harus 
dilarang digunakan di dalam bilik di lokasi umum.


Wednesday, 13 January 2016

BAHAYA ROKOK VAPOR

ROKOK vapor sedang menjadi fenomena baru dalam masyarakat Malaysia. Ramai yang beralih ke rokok vapor kerana, menganggap cara merokok seperti ini lebih selamat dan lebih bergaya, tanpa mengurangi kenikmatan seperti menghisap rokok tembakau itu sendiri.

Namun pengkaji banyak yang sudah membuktikan fakta penemuan bahaya dari setiap hisapan rokok elektrik. Berikut penjelasannya.

Pertama, rokok elektrik didakwa mengandungi bahan seperti Diethylene Glycol (DEG), Tobacco Specific Nitrosamines (TSNA), dan karbon monoksida yang berbahaya bagi tubuh badan. Tambahan bahaya, benda tersebut juga ada yang mengandungi formalin.


Kedua, penggunaan rokok elektrik dalam jangka lama akan meningkatkan kadar plasma nikotin secara signifikan.

Ketiga, benda dengan campuran pelbagai perasa ini akan meningkatkan kekerapan nadi dan kadar plasma karbon monoksida secara ketara sehingga mengganggu kesihatan tubuh badan.


Berdasarkan data di atas, ketika ini rokok elektronik belum terbukti selamat sebagai alternatif untuk terapi gantian pengambilan nikotin. Dikutip dari pelbagai sumber.

Monday, 11 January 2016

Taklimat Vape

TARIKH11 Januari 2016
TEMPAT : Dewan Terbuka, SMK Jalan Kebun
OBJEKTIF PROGRAM:
1. Pelajar mengetahui bahaya vape kepada pelajar
2. Pelajar juga mengatahui
3. Memberi dan menanam keyakinan diri pelajar untuk terus maju dalam aspek intelektual dan emosi
4. Pelajar-pelajar akan lebih rasional dalam menghadapi realiti kehidupan sebagai seorang remaja.

PENCERAMAH : Pn.Che Nor Khasima bt MD Nor
BILANGAN PELAJAR : Semua warga sekolah

Pn.Che Nor Khasima  bt MD Nor selaku PK HEM memberi taklimat vape





Saturday, 9 January 2016

AWAS !!! BAHAYA ROKOK ELEKTRIK

 Masyarakat selama ini menilai asap rokok elektrik adalah tidak merbahaya. Namun, asap yang mengandung bahan kimia tersebut, mampu menyebabkan jangkitan kuman pada paru-paru.

Kajian ini dilakukan oleh para penyelidik dari John Hopkins University di Baltimore, Amerika Syarikat. Mereka menggunakan tikus untuk melakukan percubaan efek sampingan pada  asap rokok elektrik.

Kajian itu mendapati wap dari rokok elektrik yang mengandung racun, mengganggu sistem pernafasan, bagi yang menghisap ataupun orang-orang yang menghirupnya.


Lebih lanjut, dalam penelitian tersebut, asap rokok elektrik dinyatakan menghambat kemampuan tikus untuk membersihkan bakteria dari paru-paru. Sehingga virus menyebabkan peningkatan berat badan dan kematian.

Perlu diketahui, rokok ini membahayakan sistem kekebalan tubuh dalam paru-paru, hal ini disebabkan rokok elektrik menghasilkan bahan kimia yang berbahaya, sama seperti rokok nikotin tradisional.

Seperti yang dilaporkan oleh Timesofindia, Jumaat (6/2/2015), Seorang profesor dari Johns Hopkins Bloomberg School of Public Health di Amerika Syarikat, Shyam Biswal mengatakan “Kajian kami mendapati rokok elektrik membahayakan kekebalan tubuh dan mendatangkan keburukan pada paru-paru.”

Perokok di kalangan remaja kini sebahagian berpindah dari menggunakan rokok nikotin tradisional ke rokok elektrik. Sebahagian orang menilai bahawa, rokok elektrik menurunkan risiko kesihatan termasuk penyakit paru-paru.

Untuk mengetahui kebenarannya, kajian menguji dengan menggunakan tikus sebagai model. Dalam penelitian ini, tikus dibagi menjadi dua kelompok. Pertama, tikus diletakkan dalam ruangan inhalasi yang mengandung asap rokok elektrik dan kelompok tikus kedua hanya terkena udara.


Hasil kajian mendapati tikus yang tercemar asap rokok elektrik mengalami gangguan imun dan infeksi bakteria. Hal ini disebabkan, rokok elektrik mengandung radikal bebas atau racun dalam asap rokok dan pencemaran udara. Radikal bebas mampu merosak DNA atau molekul lain di dalam sel yang menyebabkan kematian pada sel tubuh.