PETUNJUK

BANNER

Thursday, 20 June 2019

TANGGUNGJAWAB ANDA!!!!


JIKA ANDA SEORANG PEROKOK

• Ambillah langkah untuk berhenti merokok kerana ia memberi kesan buruk kepada keluarga, rakan-rakan dan orang tersayang.
• Pastikan anda tidak merokok di tempat-tempat dilarang merokok. Sekiranya disabitkan kesalahan, anda boleh didenda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga dua tahun.
• Jika anda ingin berhenti merokok, dapatkan bantuan daripada Klinik Berhenti Merokok yang terdekat.

_____________________________________


JIKA ANDA BUKAN SEORANG PEROKOK

• Katakan jangan merokok berdekatan anda.
• Suarakan hak anda untuk bebas dari asap rokok.


Sunday, 5 May 2019

Pengenalan Dadah



Dadah atau "drug" adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi.

Banyak hal yang berkaitan dengan dadah sentiasa menjadi bahan dalam berita.

Apabila mendengar saja perkataan dadah, kita akan terus memikirkan jenis-jenis dadah seperti ganja dan heroin. Tetapi, sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh dunia ini yang digunakan oleh lebih kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan.
Dadah dan Anda!

Menurut Kamus Dewan Melayu - Inggeris, makna perkataan "Drug" bermaksud ubat-ubatan. Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada "drug", perkataan "use", "misuse" atau "abuse" perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan "drug". Contohnya "drug abuse" atau "misuse of drug" yang membawa maksud penyalahgunaan dadah.

Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya. Tanpa disedari, anda sendiri mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah dalam hidup anda.

Ubat-ubatan seperti "paracetamol " dan "antibiotic" membantu menyembuhkan anda sekiranya anda tidak sihat.

Teh, kopi dan coklat juga mengandungi sejenis dadah rangsangan yang dikenali sebagai "caffeine". Akan tetapi, dadah rangsangan seperti ini tidak mengakibatkan ketagihan yang bermasalah kepada individu, masyarakat dan negara. Oleh itu, penggunaan bahan minuman dan makanan ini tidak salah di sisi undang-undang.

Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang pengambilannya kerana dadah ini mengakibatkan ketagihan dan masalah-masalah kesihatan, sosial, ekonomi dan sebagainya. Oleh itu, Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah ini di dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilikan dan penyalahgunaan dadah seumpana ini.

Jenis dadah seperti seperti kokain, ganja, heroin, syabu dan "ecstasy" diambil untuk mengubah perasaan fikiran anda. Dadah-dadah ini juga dikenali sebagai
"dadah yang disalahguna".

Dadah dan Ciri-cirinya

Dadah merujuk kepada sejenis bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut :

  • Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (Otak dan saraf tunjang)
  • Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang
  • Diperoleh secara haram
  • Membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah
  • Mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial seseorang

Jenis-jenis Dadah

Setakat ini, dadah boleh dikategorikan kepada beberape jenis seperti berikut :

  • Opiat dan Opiat sintetik
  • Stimulan
  • Ganja
  • Halusinogen
  • Depresen
  • Ubat-ubatan dan bahan-bahan yang disalah guna

Thursday, 18 April 2019

APA ITU ROKOK???








ROKOK merupakan silinder dari kertas berukuran panjang antara 70 hingga 120 mm (variasi bergantung kepada negara) dengan diameter sekitar 10 mm yang berisi daun-daun tembakau yang telah dicincang. Rokok dibakar pada salah satu hujungnya dan dibiarkan membara supaya asapnya dapat disedut melalui mulut pada hujung yang lain.


Thursday, 11 April 2019

JENIS-JENIS DADAH



   1.      Heroin                    

~  Definasi
Berasal daripada perkataan Jerman iaitu Heroish yang bermaksud kuat. Mula digunakan di Jerman Barat dalam tahun 1898 bertujuan untuk menghilangkan kesan gejala tarikan Morfin. Dihasilkan dari Morfin melalui proses kimia dan memberikan 20-25 kali lebih kuat dari Morfin. 

~  Jenis/Bentuk
Bes Heroin , Heroin No.3 , Heroin No.4 , Brown Heroin , Heroin Black Tar
~  Nama lain
Big H , Dope , Smack , TNT
~  Cara Penggunaan
Menyuntik , Menghidu
~  Ciri-ciri penagih
Mata dan hidung berair , mengantuk , mudah marah dan resah , pertuturan tidak jelas , cemas , takut , sugul

    2.      Morfin                     

~  Definasi
Sejenis alkoloid yang diperolehi dari candu mentah.
Morfin mentah : didapati dalam bentuk blok yang berwarna dari putih ke coklat gelap dan bertanda ‘999′ . Mengandungi 70% - 90% morfin hidroklorid dan setelah dihancurkan menjadi serbuk putih dipanggil Heroin No.1
Bes Morfin : diperoleh secara langsung dari candu danmengandungi peratus morfinnya 60% - 70% . Berbau seperti candu dan berupa seperti serbuk kopi .
Pil Morfin : Mengandungi Morfin Sulffat . Berwarna putih atau coklat pucat.
~  Jenis/Bentuk
Morfin Mentah , Bes Morfin , Pil Morfin
~  Nama lain
M.Tab , White Sulfat , Monkey , Dreamer , Morphan
~  Cara Penggunaan
Menyuntik , menelan
~  Ciri-ciri penagih
Hilang selera makan , tindak balas lambat , kecacatan keseimbangan , pertuturan tidak jelas , sembelit , halusinasi , mengantuk , cemas

   3.      Candu                            

~  Definasi
Dihasilkan daripada buah popi muda .
Candu mentah : getah berwarna putih yang keluar hasil dari torehan buah popi muda . Ia kemudiannya bertukar menjadi pekat dan berwarna coklat bila terdedah .
Candu masak : candu yang dicampurkan dengan air dan dipanaskan sehingga pekat . Berwarna coklat hitam .
Tahi candu : sisa bakaran atauarang candu masak yang telah dihisap .
~  Jenis /Bentuk
Candu mentah , candu masak , tahi candu
~  Nama lain
Shollboy , Black Stuff , Opium , Mandat , Pen Yeh , “O” , Tar
~  Cara penggunaan
Menyuntik , menelan
~  Ciri-ciri penagih
Pernafasan perlahan , rasa pening dan keliru , mual dan muntah-muntah , cirit-birit , hilang selera makan , sunggul 


    4.      Ganja

~  Definasi
Diperoleh dari bunga dan daun pokok India Hemp . Cannabis Sativa. Mengandungi lebih dari 400 jenis bahan kimia dan THC ( Delta-9 tetra hydrocannabinol ) adalah bahan proaktif utama yang mengkhayalkan . Menghisap sebatang ganja menyebabkan THC terkumpul dalam sel badan selama 7 hari dan dikeluarkan semua secara fisiologi normal dari tubuh antara 4-6 minggu . Menghisap ganja secara berterusan selama 1 minggu atau sebulan akan menyebabkan THC sentiasa terkumpul dalam sel badan .
~  Jenis/Bentuk
Seperti daun kering dan dimampat 

~  Nama lain
Grass , pot , Marijuana , weed
~  Cara penggunaan
menghisap

~  Ciri-ciri penagih
Sering mengantuk/mata merah , kegembiraan & terlalu cergas/ketawa , mudah marah dan resah , cemas/takut/hilang pedoman , kuat cakap dan kuat makan , kecacatan perimbangan , yuforia dan sunggul


    5.      Syabu             

~  Definasi
Sejenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulan . Dalam aspek perubatan , syabu didapati tidak mempunyai apa-apa kegunaan perubatan . Syabu yang paling berkualiti berwarna putih kristal , diikuti dengan warna putih kemerahan dan yang paling rendah kualitinya mempunyai rasa yang pahit .
~  Jenis/Bentuk
Kaca/kristal , pecah , serbuk halus spt tawas
~  Nama lain
Ice
~  Cara penggunaan
Menggunakan peralatan yang hampir sama dengan penghisap candu
~  Ciri-ciri penagih
Yakin pada diri sendiri , bertenaga & cergas , boleh berjaga 2-3 hari tanpa tidur , tingkah laku agresif , tindak balas terlalu cepat , mata dan hidung berair , mual dan muntah-muntah , hilang selera makan


     6.      Ecstacy/MDMA     

~  Definasi
Juga dikenali sebagai MDMA iaitu 3-4-methylenedioxymethamphetamine . Kerap kali dicuba dan diguna oleh muda-mudi sebagai dadah seronok di pusat hiburan untuk menari sepanjang malam , MDMA juga adalah dadah psychoactive .
~  Jenis/Bentuk
Pil dengan pelbagai warna dan simbol
~  Nama lain
Pil Khayal , Pil goyang kepala , YAMA , YABA
~  Cara penggunaan
Menelan , campur dan minuman
~  Ciri-ciri penagih
Gembira & terlalu cergas , berpeluh berlebihan , kuat becakap , boleh melayan muzik yang kuat & goyang kepala , tindak balas terlalu cepat , hilang selera makan , mudah marah & resah , halusinasi , cemas dan takut , mulut kering , tidak boleh tidur


     7.      Ketamin            

~  Definasi
Sejenis ubat bius untuk haiwan . Kebelakangan ini , ketamin semakin lazim digunakan di temasya tari-menari atau raves .
~  Jenis/Bentuk
Serbuk putih , kristal , cecair , pil
~  Nama lain
“K” , Special K , Vitamin K , Kit Kat
~  Cara penggunaan
Dihisap melalui hidung , campur dalam minuman
~  Ciri-ciri penagih
Berada di bawah kesedaran yang rendah , mengubah , deria pendengaran , sentuhan , bau , rasa dan penglihatan sehinggan kurang sedar tentang masa dan identiti diri , boleh bertindak ganas , hilang keseimbangan badan , mual dan muntah-muntah .


Wednesday, 6 March 2019

KESAN PENGAMBILAN ALKOHOL

Kesan / Akibat Meminum Minuman Keras
Kesan minum arak dan alkohol. Alkohol bukan sahaja boleh memabukkan, tetapi juga mampu memudaratkan kesihatan diri sekiranya diamalkan berterusan. Ia umpama kombinasi dadah dan racun kepada badan kita. Malahan hampir setiap agama di dunia ini turut melarang tabiat tersebut di kalangan para penganutnya. Kesan ketagihan akibat meminum alkohol bukannya bergantung kepada jenis alkohol tetapi jumlah yang diminum pada satu-satu masa.

Manakala ilmuan Islam iaitu Abdul Laith Assamarqandi berkata dalam kitabnya Tanbihul Ghafilin: “ Awaslah kamu dari meminum arak kerana ia mengandungi sepuluh bahaya:

1. Peminumnya berkelakuan seperti orang gila dan menjadi bahan ketawa anak-anak kecil dan tercela di kalangan orang-orang berakal.

2. Memboroskan harta dan merosakkan akal.

3. Menyebabkan permusuhan dengan kawan-kawan.

4. Terhalang daripada mengingat Allah dan sembahyang.

5. Terdorong melakukan zina kerana dalam keadaan mabuk si peminum mungkin menceraikan isterinya tanpa disedari.

6.Arak adalah pembuka bagi segala kejahatan.

7. Perbuatan meminum arak mengganggu Malaikat yang menjaga si peminum disebabkan kefasikan dan bau busuk arak yang diminumnya.

8. Dikenakan hukuman dera 80 kali di dunia dengan disaksikan oleh keluarga dan teman-teman.

9. Perbuatan meminum arak menutup pintu langit disebabkan segala kebaikan dan doanya tidak terangkat ke langit selama 40 hari.

10. Membawa akibat buruk terhadap diri si peminum kerana ditakuti tercabut imannya ketika mati.

Ini telah banyak dibuktikan melalui kajian-kajian ilmiah samaada darisegi sains, psikologi dan kemasyarakatan menunjukan kebenaran yang jelas bahawa sesetengah jenayah dan keruntuhan akhlak dan moral yang berlaku dalam masyarakat di antara lain berpunca dari gejala arak. Meminum arak boleh membawa akibat-akibat yang sangat buruk terhadap diri peminum, keluarga dan masyarakat.



Pada dasarnya terdapat dua kesan yang ketara pada penagih alkohol terhadap kesihatan dan perhubungan sosial, bagi individu yang meminum arak iaitu kesan jangka pendek dan jangka panjang. Kesan jangka pendek pengambilan alkohol lebih kurang satu botol besar menjadikan seseorang itu kurang daya koordinasi seperti tidak boleh berjalan dengan betul dan tidak boleh membuka pintu. Dalam masa yang singkat ini juga boleh menyebabkan hangover. Hangover lazimnya disebabkan oleh keracunan alkohol, bahan lain dalam alkohol dan tindakbalas ketagih alkohol.

1.Kesan dari segi Kesihatan:
Tanda-tanda hangover alkohol termasuklah sakit kepala, loya, muntah, cirit birit, gangguan pergerakan usus dan menggeletar selama 8 – 12 jam kemudian Kesan jangka panjang akan dirasai selepas meminumnya selama beberapa bulan atau tahun. Kesan utama adalah seperti sakit jantung, hati atau penyakit dalam perut. Bila situasi ini berlaku mereka akan kurang selera makan, kekurangan vitamin, jangkitan penyakit, mati pucuk atau kekurangan haid. Kematian yang awal adalah lebih kerap pada orang yang kuat minum, terutamanya daripada sakit jantung atau hati, radang paru-paru, kanser, keracunan alkohol yang teruk, kemalangan, pembunuhan dan pembunuhan diri.

2.Kesan Pada anggota Tubuh Badan:

a) Kesan pada otak
1) Selepas minum, alkohol akan meresap dari usus kecil ke dalam darah. Alkohol terus dibawa ke jantung yang kemudiannya mengepam darah beralkohol tadi ke seluruh tubuh. Dari sini ia terus meresap ke dalam otak dan seterusnya ke urat saraf. Otak merupakan salah satu organ penting yang dimiliki oleh manusia kerana otaklah yang mengawal segala pergerakan dan perlakuan seseorang dan dengan kemasukan bahan asing ini ke dalamnya ia akan mempengaruhi pergerakan dan kelakuan peminumnya.

2) Menyebabkan berlakunya penindasan kawasan-kawasan yang biasanya mengawal maruah dan disiplin diri sehingga peminum mula merasa kurang sifat malu, fikiran bercelaru, dan pergerakannya pula agak tidak terkawal.

3) Kurang keupayaan dari segi belajar, membentuk idea spontan, menumpukan fikiran, dan membuat pertimbangan yang teliti. Semakin banyak jumlah alkohol yang diminum semakin kuat otak tertindas sehinggakan boleh menyebabkan tidak sedarkan diri dan seterusnya kematian.
b) Kesan pada hati
1) Setiap kali seorang peminum meminum alkohol, hati akan mengalami kecederaan (mendapat luka). Sel hati akan mati dan menjadi parut. Parut ini akan mengurangkan kemampuan hati untuk berfungsi dengan sempurna. Parut yang serius akan menyebabkan hati tidak dapat berfungsi langsung. Keadaan ini disebut sirosis hati dan boleh membawa maut.

2) Bengkak hati (hepatitis) juga boleh berlaku disebabkan oleh lebihan toksik alkohol. Pada mulanya ia menyebabkan hati mengembang dan lama kelamaan saluran darah akan mengecut. Ini menyebabkan darah tidak dapat mengalir ke hati dengan sempurna dan akhirnya saluran darah akan membengkak lalu pecah. Pada peringkat kritikal, penghidap hepatitis akan mengalami muntah darah dan najis mereka akan bercampur dengan darah. Kesan pada perut Alkohol menyebabkan kerengsaan perut (gastritis) yang akhirnya boleh membawa kepada ulser. Bagi mereka yang memang menghidapi ulser perut, sakitnya akan menjadi semakin teruk.

c) Kesan pada saraf

1) Boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti sindrom Wernicke-Korsakoff dan kerosakan sel-sel otak, yang seterusnya membawa kepada komplikasi psikiatri. Peminum boleh mengalami halusinasi pendengaran, amnesia, paranoia, depresi dan kecenderungan membunuh diri.

d) Kesan pada janin dan anggota lain dalam tubuh badan:

1) Peminum alkohol kronik yang sedang hamil boleh menyebabkan kandungannya mempunyai ciri-ciri kecacatan seperti kekurangan berat badan, saiz kepala yang terlalu kecil berbanding tubuh, kurang penyelarasan otot, keadaan muka yang rata, dan kelemahan sendi-sendi.

2) Bertindak dengan pelbagai sistem dan organ tubuh. Contohnya, kesan terhadap sistem peredaran tubuh menyebabkan darah lebih banyak dialirkan ke kulit. Ini menyebabkan kulit peminum menjadi kemerah-merahan dan perpeluhan meningkat. Pengepaman jantung juga bertambah pantas dan kuat seperti individu yang sedang melakukan senaman. Kepada penghidap penyakit jantung, mereka mempunyai kemungkinan diserang penyakit itu.

3) Lebih cenderung membuang air kecil dengan kerap kerana etanol boleh merencat hormon penahan kencing.

4) Mungkin mengalami anemia, hipoglisemia (kekurangan gula di dalam darah), dan ketandusan vitamin.

5) Boleh meningkatkan risiko kanser sebanyak 15 kali terutamanya pada bahagian mulut dan tekak.

6) Apabila diminum dengan banyak arak boleh merosakkan selaput lendir perut dan menjadi racun yang meresap dengan cepat ke dalam bahagian tubuh manusia terutama jantung dan buah pinggang.

7). Meminum arak boleh menjadikan seseorang itu mendapat sesak nafas yang akan menganggu alat pernafasan.

8). Meminum arak ketika perut kosong atau sebelum sarapan boleh menyebabkan berlakunya barah dalma perut.

9). Boleh menyebabkan tekanan darah tinggi (hypertension) yang boleh menyebabkan serangan mengejut ( stroke ) dan penyakit jantung.

10). Boleh menghilangkan ingatan seseorang dan menjadikan ianya kurang siuman dan hilang harga diri.

3.Kesan dari segi Keagamaan:

Peminum minuman keras biasanya akan melupakan semua kebaikan, mengabaikan dirinya dari mengerjakan ibadat sembahyang dan mengingati Allah Taala dapat menghancurkan moral, meruntuhkan akhlak dan melemahkan perasaan dan semangat untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang manusia yang dipandang mulia, waras dan berakal.

Keimanannya makin lama akan berkurangan, segala maksiat dan kejahatan menjadi sebati dan dianggap baik untuk dilakukannya. Dan jika mati dalam keadaan mabuk sudah pasti kerugian yang amat besar diperolehnya kerana tidak sempat bertaubat dan memungkinkannya menjadi kufur, sebagaimana hadis Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Iman Al Hakim:

Ertinya: “Barangsiapa melakukan zina atau meminum arak, maka Allah Taala akan lucutkan imannya dari dirinya sebagaimana seseorang membuka baju dari kepalanya”.

4.Kesan terhadap kerukunan rumahtangga:



Minuman Keras juga dapat menjejaskan kehidupan aman berumahtangga apabila wang perbelanjaan keluarga akan dihabiskan semata-mata menurut hawa nafsu ketagihan arak. Pertelingkahan akan sering terjadi di antara suami  isteri dan seluruh keluarga yang terlibat. Suami yang mabuk disebabkan arak ini sudah pasti tidak dapat lagi menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ketua dalam rumahtangga dengan baik. Anak-anak akan menjadi mangsa kurangnya penjagaan, Pengawasan dan pemedulian orang tuanya. Apabila keadaan sudah terjadi begini, anak-anak akan kurang didikan yang sempurna dan akibatnya anak-anak akan kurang didikan yang sempurna dan tercicir dalam bidang pelajaran oleh itu timbul masalah-masalah gejala sampingan antaranya ponteng sekolah, menjadi anak-anak nakal, tidak lagi menghormati orang tua dan lain-lain kesan negatif. Ini adalah disebabkan keluarga yang keadaannya sudah kucar-kacir dan tidak lagi mengutamakan cara hidup yang betul dan hilanglah kerukunan hidup berkeluarga disebabkan pengaruh anak yang sangat bahaya.

5.kesan terhadap masyarakat:

Apabila seseorang itu meminum minuman keras secara terus menerus, ini bererti ianya telah ketagihan dan tidak dapat melepaskan dirinya dari cengkaman arak. Dengan demikian, si peminum akan bertambah sesat, hilang pengawalan terhadap diri sendiri dan orang-orang yang berada di sekitarnya. Pengaruhnya yang sangat bahaya terhadap saraf-saraf otak di mana boleh mengakibatkan seseorang penagih tidak mampu mengendalikan diri, tingkah laku dan hilang pula rasa malu. Maka dalam hal ini hilang kesinambungan diri dan jauh  dari nilai-nilai akhlak dan timbul pula keberanian untuk melakukan  tindakan-tindakan negatif terhadap orang lain. Antaranya timbulnya permusuhan dan kebencian di kalangan teman-teman dan masyarakat sekelilingnya. Keamanan dan keselamatan masyarakat akan tergugat apabila terjadinya perkara-perkara sumbang, merosakkan rumahtangga orang lain dan bermacam-macam lagi akibat buruk akan terjadi disebabkan oleh arak. Sebagaimana Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:

Ertinya: “Janganlah kamu meminum arak kerana arak adalah kunci segala kejahatan”.  

6. Kesan terhadap keselamatan umum:

Kesan yang jelas di sini ialah apabila seorang peminum arak yang mabuk memandu kenderaan di jalan raya adalah satu keadaan yang sangat merbahaya, baik terhadap diri peminum itu sendiri mahupun orang ramai. Kemalangan atau kecelakaan lalulintas akan berlaku yang mana boleh mengakibatkan kecerderaan dan menyebabkan kematian orang yang tidak berdosa. Malah si peminum arak itu sendiri akan mengalami kecederaan atau kecacatan pada anggota tubuh badannya, kurang siuman sekiranya mengenai bahagian otaknya paling malang lagi apabila membawa kepada kematian si peminum itu sendiri.

Selain itu, kesan-kesan yang buruk yang boleh berlaku akibat meminum arak seperti boleh melibatkan kestabilan ekonomi, keamanan dan berlaku kehuru-haraan dalam sesebuah negara apabila penagih-penagih arak wujud di dalam sesebuah sector kerajaan atau swasta yang mana boleh membawa kepada penyalahgunaan kuasa, hartabenda, penyelewengan wang negara, pecah amanah dan sebagainya.


Tuesday, 19 February 2019

12 CARA BERHENTI MEROKOK PALING EFEKTIF

"Apa yang susah sangat berhenti merokok?"

















Berikut adalah 12 cara anda boleh cuba untuk berhenti merokok dengan berkesan. 



Cara Berhenti Merokok #1: Tekad yang kuat

Buat senarai apa kebaikan yang ada dapat dan jimat
dengan berhenti merokok.

Berikut adalah 13 senarai kebaikan yang boleh bantu
anda: *SILA TAIP & TAMPAL

1. "Saya akan panjang umur jika saya berhenti merokok" 
Satu dari dua perokok mati lebih awal disebabkan penyakit
berkaitan merokok. Merokok membunuh hampir 5 ribu rakyat
 Malaysia setiap tahun.

2. "Saya dapat selamatkan diri dari bahan bahaya"
Asap rokok ada hampir 4,000 bahan kimia dan 50 daripadanya
boleh menyebabkan kanser.

3. "Saya boleh cegah diri dari penyakit"
Hampir 40 jenis penyakit yang berkait dengan merokok.
Kanser paru-paru, sakit jantung, penyakit paru-paru yang
 kronik,strok dan ulser di bahagian lapisan kulit perut
adalah antara penyakit-penyakit bahaya akibat tabiat merokok.

4. "Saya lebih sihat jika berhenti merokok"
Mereka yang tidak merokok kurang mendapat batuk,
selsema dan lain-lain penyakit pernafasan berbanding
 dengan perokok

5. "Saya boleh cegah diri dari mudaratkan orang lain"
Ia memberi kesan kepada orang di sekeliling anda, di
mana asap rokok tersebut boleh mendatangkan serangan
asma dan lain-lain penyakit berkaitan dengan pernafasan

6. "Saya menjadi contoh yang baik terutama
 keluarga dan anak-anak"

7. "Saya akan lebih cergas, dan badan lebih sihat"

8. "Deria bau dan rasa saya akan lebih baik"

9. "Gigi saya putih dan nafas saya segar"

10. "Rambut dan pakaian saya bebas dari asap rokok"

11. "Saya boleh jimatkan wang. Sangat banyak"
Labur wang anda berbanding membeli rokok (RM5.00
sehari, pelaburan =RM 150.00 sebulan = RM 1800.00
setahun. Jika anda melabur untuk 10 tahun, anda sudah
mempunyai RM18,000.00 dalam akaun simpanan anda).

12. "Saya boleh lindungi alam sekitar"
Puntung rokok dibuang oleh perokok boleh menyebabkan
 kebakaran

13. "Saya lebih subur untuk dapatkan anak"
Senarai ini sangat bagus untuk anda baca, lihat hari-hari
dan seeloknya TAMPAL di tempat yang mudah anda lihat.
 Ia adalah amalan yang baik jika anda baca hari-hari dan
berazam untuk berhenti merokok dengan cepat. 





Cara Berhenti Merokok #2: Berfikir positif

Katakan pada diri "Syabas, akhirnya saya dapat
berhenti merokok". Abaikan godaan kata-kata kecil yang
 ingin mengajak anda untuk merokok semula.

Beri penghargaan kepada diri jika berjaya menahan diri 
dari beli rokok. Anda wajar dihargai kerana menahan diri
 dari beli rokok bukan mudah. Ia satu kejayaan besar.

Guna duit yang biasa anda guna untuk beli rokok
dengan beli barang kesukaan yang menggembirakan.
Reward diri. Ia satu kepuasan.


Cara Berhenti Merokok #3:  Set target masa

Berhenti merokok secara mengejut memang tak
 mudah. Anda mungkin boleh menyakitkan diri sendiri.
  Sangat tersiksa. 

Oleh itu, buat target masa secara berkala. 
Mula-mula, tahan diri untuk beberapa jam. Setelah berjaya,
 extend lagi untuk beberapa hari. Kemudian, untuk beberapa minggu.

Makin lama, rasa ingin merokok akan berkurang.
Don't push yourself too hard. Ambil masa anda,
set target dan akhirnya pasti berjaya.


Cara Berhenti Merokok #4: 
Sokongan dari rakan dan ahli keluarga.

Persekitaran juga tidak kurang pentingnya untuk
bantu anda berhenti merokok. Rakan dan ahli
keluarga boleh bantu anda untuk saling ingatkan
 supaya tidak merokok. 

Dorongan dari orang tersayang mungkin boleh
membantu menguatkan semangat anda untuk
 berjuang berhenti dari merokok.


Cara Berhenti Merokok #5: Banyakkan tidur.

Menahan diri dari merokok memang siksa. Asyik
terbayang-bayang. Melawan diri dari godaan kata-kata
 kecil memang memerlukan kekuatan jiwa.

Rehatkan minda dengan banyakkan tidur.
Ia merehatkan minda anda dari sentiasa memikirkan
untuk merokok.


Cara Berhenti Merokok #6:  
Sibukkan diri dengan aktiviti

Berseorangan dan bosan sangat bahaya
untuk perokok. Keadaan ini boleh 'menggoda' 
perokok supaya merokok.

Cari aktiviti yang menghalang anda untuk 
bersendirian. Bersenam, bekerja atau berbasikal
adalah aktiviti mudah untuk lupakan anda dari rasa
 ingin merokok. Biarkan masa terluang anda penuh
 dengan aktiviti yang memenatkan.

Ia mungkin berbaloi dan membantu.


Cara Berhenti Merokok #7: 
Pergi ke tempat larangan merokok.
Habiskan masa di luar dengan berada di
tempat larangan merokok. Lagi best bila ada signboard
  "Kompaun RM300 jika anda merokok di sini"

Sudah pasti tidak berbaloi jika anda masih ingin
 merokok tetapi duit melayang.


Cara Berhenti Merokok #8 : 
Minum air kosong dengan banyak.

Cuba untuk minum air kosong yang lebih banyak
dari sebelumnya. Air boleh buang racun dalam badan.

Ia juga boleh jarakkan diri dari keinginan untuk merokok
. Mungkin lama-kelamaan keinginan untuk merokok boleh
 hilang, dan berjaya berhenti merokok untuk sekian kalinya.


Cara Berhenti Merokok #9: Cari pengganti rokok
Apabila dalam beberapa hari pertama gagal untuk
berhenti merokok, cubalah untuk menggunakan
pengganti rokok, seperti: gula-gula getah. 

Ini boleh membantu menyingkirkan kebiasaan
 mencari rokok yang akhirnya boleh membantu
berhenti merokok.


Cara Berhenti Merokok #10: Cuba akupunktur

Akupunktur adalah kaedah semula jadi yang boleh
 bantu hilangkan rasa ketagih pada nikotin tanpa
sakit. Ia juga boleh bantu kesan selepas berhenti
 merokok seperti tekanan psikologi, rasa murung
dan rasa cemas kerana nikotin.

Ia bantu badan jadi lebih sihat dan otak
 lebih mudah berfikir.


Cara Berhenti Merokok #11
Sibukkan diri selepas makan

Masa yang biasa untuk perokok 'layan' rokok
mereka adalah selepas makan. Memang dah terbiasa,
tak boleh nak ubah.

Jadi, lepas makan, sibukkan masa dengan perkara 
lain. Mungkin terus gosok gigi atau bersenam. Idea
 ini nampak mudah tapi praktikalnya sangat susah.
 Memerlukan azam yang tinggi untuk berjaya.


Cara Berhenti Merokok #12: Minta nasihat doktor. 

Ia mungkin cara terakhir untuk dapatkan nasihat
doktor bantu kurangkan ketagihan dan
 seterusnya berhenti merokok.

Mungkin ada ubat atau cara terbaik yang
boleh diperolehi dari pakar kesihatan atau
 doktor demi menjayakan misi besar ini.







Tuesday, 12 February 2019

MINUMAN BERALKOHOL

Minuman keras-beralkohol adalah minuman yang mengandung etanol. Etanol adalah bahan psikoaktif dan konsumsinya menyebabkan penurunan kesadaran. Di berbagai negara, penjualan minuman keras-beralkohol dibatasi ke sejumlah kalangan saja, umumnya orang-orang yang telah melewati batas usia tertentu.

Alkohol adalah zat yang paling sering disalahgunakan manusia, alkohol diperoleh atas peragian/fermentasi madu, gula, sari buah atau umbi-umbian. Dari peragian tersebut dapat diperoleh alkohol sampai 15% tetapi dengan proses penyulingan (destilasi) dapat dihasilkan kadar alkohol yang lebih tinggi bahkan mencapai 100%. Kadar alkohol dalam darah maksimum dicapai 30-90 menit. Setelah diserap, alkohol/etanol disebarluaskan ke suluruh jaringan dan cairan tubuh. Dengan peningkatan kadar alkohol dalam darah orang akan menjadi euforia, namun dengan penurunannya orang tersebut menjadi depresi.

Ada 3 golongan minuman keras-berakohol yaitu golongan A; kadar etanol 1%-5% (bir), golongan B; kadar etanol 5%-20% (anggur/wine) dan golongan C; kadar etanol 20%-45% (Whiskey, Vodca, TKW, Manson House, Johny Walker, Kamput).


 Jenis minuman keras

Anggur
Bir
Bourbon
Brendi
Brugal
Caipirinha
Chianti
Jägermeister
Mirin
Prosecco
Rum
Sake
Sampanye
Shōchū
Tuak
Vodka
Wiski


Akibat minuman keras

Efek yang ditimbulkan setelah mengkonsumsi minuman keras-alkohol dapat dirasakan segera dalam waktu beberapa menit saja, tetapi efeknya berbeda-beda, tergantung dari jumlah / kadar alkohol yang dikonsumsi. Dalam jumlah yang kecil, alkohol menimbulkan perasaan relax, dan pengguna akan lebih mudah mengekspresikan emosi, seperti rasa senang, rasa sedih dan kemarahan.

Bila dikonsumsi berlebihan, akan muncul efek sebagai berikut: merasa lebih bebas lagi mengekspresikan diri, tanpa ada perasaan terhambat menjadi lebih emosional (sedih, senang, marah secara berlebihan) muncul akibat ke fungsi fisik - motorik, yaitu bicara cadel, pandangan menjadi kabur, sempoyongan, inkoordinasi motorik dan bisa sampai tidak sadarkan diri. kemampuan mental mengalami hambatan, yaitu gangguan untuk memusatkan perhatian dan daya ingat terganggu.

Pengguna biasanya merasa dapat mengendalikan diri dan mengontrol tingkahlakunya. Pada kenyataannya mereka tidak mampu mengendalikan diri seperti yang mereka sangka mereka bisa. Oleh sebab itu banyak ditemukan kecelakaan mobil yang disebabkan karena mengendarai mobil dalam keadaan mabuk.
Pemabuk atau pengguna alkohol yang berat dapat terancam masalah kesehatan yang serius seperti radang usus, penyakit liver, dan kerusakan otak. Kadang-kadang alkohol digunakan dengan kombinasi obat - obatan berbahaya lainnya, sehingga efeknya jadi berlipat ganda. Bila ini terjadi, efek keracunan dari penggunaan kombinasi akan lebih buruk lagi dan kemungkinan mengalami over dosis akan lebih besar.


Mereka yang sudah ketagihan biasanya mengalami suatu gejala yang disebut sindrom putus alkohol, yaitu rasa takut diberhentikan minum alkohol. Mereka akan sering gemetar dan jantung berdebar-debar, cemas, gelisah, murung, dan banyak berhalusinasi.