PETUNJUK
BANNER
Monday, 10 August 2015
KARNIVAL KERJAYA PENGAJIAN TINGGI
Karnival ini berlansung pada 6 Ogos bertempat di SMK Dato Hamzah. Ahli PPDa berkesempatan melawat pameran bergerak PPDa.
Thursday, 6 August 2015
LAWATAN KE SMK KOTA KEMUNING
KESAN HALO
PAMERAN
PELAJAR MENCUBA AKTIVITI
PELAJAR MELAWAT PAMERAN DAN MEMBACA BAHAN BERKAITAN DADAH
Saturday, 27 June 2015
HIV/AIDS
DEFINISI HIV/AIDS
Acquired Immunodeficiency Syndrome atau disingkat AIDS
merupakan sekumpulan gejala dan infeksi yang timbul karena rusaknya sistem
kekebalan tubuh manusia akibat infeksi virus HIV atau Human Immunodeficiency
Virus .Virus AIDS menyerang sel darah putih khusus yang disebut dengan
T-lymphocytes.
HIV AIDS
Sejak ditemui buat pertama kalinya pada 1981, dunia mula
maklum dan menyedari tentang virus HIV dan AIDS. Kita juga tahu yang penyakit
ini telah meragut banyak nyawa, namun tidak dinafikan masih ramai yang
terkeliru atau pun kurang memahami tentang penyakit AIDS. Oleh itu, maklumat
orang ramai mengenai HIV/AIDS perlu dipertingkatkan lagi.
Apa itu HIV?
HIV (Virus Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit) merupakan
virus yang memusnahkan sistem imunisasi badan menyebabkan pesakit terdedah
kepada pelbagai jenis penyakit dan kanser. AIDS (Sindrom Kurang Daya Tahan
Penyakit Akut yang Teruk) merupakan peringkat meruncing yang mana pesakit yang
dijangkiti HIV mula menunjukkan jangkitan yang khusus atau sel-sel pertahanan
badan turun sehingga 200/µl.
Virus terdapat dalam darah, semen, cecair badan, lelehan
vagina dan susu ibu individu yang terkena jangkitan. Individu yang terkena
jangkitan akan sentiasa membawa virus dan dapat memindahkan virus tersebut
sepanjang hayat mereka. HIV boleh merebak melalui darah yang telah dijangkiti
HIV dan cecair badan seperti ketika melakukan hubungan seks, berkongsi jarum
suntikan sesama penagih dadah atau daripada ibu yang mengandung kepada anak
yang dikandung (sebelum atau ketika kelahiran atau melalui susu ibu).
Virus tidak boleh merebak melalui sentuhan biasa seperti
tinggal serumah, atau pun bekerja bersama pembawa HIV. Sejak AIDS dilaporkan
pertama kali pada tahun 1986 sehingga tahun 2010, sejumlah 91,362 kes jangkitan
HIV berlaku dan 16,352 AIDS kes berlaku di Malaysia.
Apakah gejala dan tanda?
Pada mulanya bayi dan kanak-kanak yang dijangkiti biasanya
tidak menunjukkan sebarang gejala. Apabila kesan jangkitan berterusan dan
sistem imunisasi menjadi lemah, gejala jangkitan akan muncul seperti:
Pembengkakkan pada nodus limfa, hati atau limpa.
Ruam pada kulit.
Serawan Mulut (tompok-tompok putih dalam mulut iaitu
jangkitan kulat).
Jangkitan yang berulang-ulang dan berpanjangan.
Demam yang berpanjangan atau cirit-birit.
Pertumbuhan terbantut.
Gejala-gejala ini biasanya berlaku dalam tempoh dua tahun
kelahiran bayi yang dijangkiti HIV. Pada peringkat akhir, pesakit akan mati
akibat pelbagai jangkitan dan kanser
Apakah komplikasinya?
HIV adalah jangkitan berterusan yang serius. Komplikasi
berlaku dengan melemahkan sistem imunisasi badan secara berterusan hingga
menyebabkan pendedahan jangkitan dan kanser. Pada kanak-kanak, penyakit HIV
akan menyebabkan pertumbuhan kanak-kanak terbantut bukan saja daripada segi
fizikal malah perkembangan kanak-kanak itu sendiri.
Adakah terdapat rawatan bagi jangkitan HIV?
Setakat ini masih tiada rawatan bagi jangkitan HIV yang
boleh dihilangkan/dipulihkan (cure) seseorang daripada penyakit ini tetapi ada
rawatan ubat. Akan tetapi, rawatan ubat hanya melemahkan virus HIV daripada
terus membiak. Rawatan yang terdiri daripada kombinasi beberapa ubat ini dapat
membantu pesakit mengawal pertumbuhan virus dan ia juga dapat memperlahankan
kemusnahan sistem imunisasi. Ia juga efektif bagi memanjangkan umur serta
meningkatkan kualiti hidup pesakit jika seseorang pesakit itu terus menerus
mengambil ubat itu sepanjang hayat beliau.
Adakah ia dapat dicegah?
Jangkitan HIV dapat dicegah dengan:
Elakkan berkongsi jarum suntikan.
Elakkan daripada melakukan hubungan seks yang tidak selamat
atau pun seks secara rambang.
Elakkan berbilang pasangan.
Gunakan kondom.
Akhir-akhir ini rawatan anti viral ke atas ibu yang
dijangkiti HIV dapat mengurangkan peluang jangkitan ke atas bayi. Wanita
mengandung digalakkan membuat ujian HIV seawal yang mungkin dan mengambil
langkah-langkah pencegahan.
Ujian HIV untuk ibu-ibu mengandung adalah diberi percuma di
hospital dan klinik kerajaan. Jika seseorang ibu mengandung didapati menpunyai
penyakit HIV, ada rawatan bagi ibu ini untuk mengurangkan risiko jangkitan
virus HIV kepada janin/anak yang belum lahir.
Kaunseling adalah satu aspek yang penting dalam rawatan HIV
kerana intepretasi-intepretasi yang luas dan boleh didapati di
hospital-hospital kerajaan dan klinik-klinik keluarga di Kementerian Kesihatan.
Kaunseling biasanya diberikan oleh doktor-doktor dan jururawat-jururawat yang
mendapat latihan khas dalam bidang kaunseling. Kaunseling penting supaya
pesakit dapat meneruskan hidup secara normal." Harapan kepada pembawa HIV.
Pembawa HIV hendaklah meneruskan kehidupannya, berfikiran secara positif dan
mengekalkan tahap kesihatan yang optimum.
Tahap kesihatan optimum boleh dicapai dengan mengamalkan
gaya hidup sihat seperti tidur yang mencukupi, tidak merokok, bersenam, makan
untuk kesihatan, serta menjaga kesihatan diri. Segera dapatkan rawatan awal
sekiranya menghadapi masalah kesihatan. Patuhi jadual rawatan yang diberikan
dan mendapatkan rawatan susulan yang telah ditetapkan. Berfikiran positif bagi
mengelakkan tekanan fizikal, emosi, dan mental untuk meneruskan kehidupan.
Sentiasa patuh kepada ajaran agama. Dr. Abdul Rashid Kasri (Timbalan Pengarah
Kawalan Penyakit, Bahagian Kawalan Penyakit): " Bagi mereka-mereka yang
telah dijangkiti HIV, jangan berputus asa. Pada masa ini, terdapat banyak
bentuk rawatan yang boleh diperolehi. Kebanyakan mereka ini boleh menjalani
kehidupan yang hampir-hampir seperti orang normal dengan syarat dia menjaga
kesihatannya, mengamalkan cara hidup yang sihat, dan mendapatkan rawatan."
Pengetahuan berkenaan AIDS adalah sangat penting dalam usaha melawan wabak ini.
Oleh itu, pengetahuan orang ramai perlu terus dipertingkat. Usaha menangani
masalah HIV/AIDS memerlukan komitmen pelbagai pihak dan menjadi tanggungjawab
bersama
Adakah terdapat kumpulan sokongan ?
Kanak-kanak yang dijangkiti HIV boleh mendapatkan bantuan
daripada Malaysian AIDS Foundation Paediatric AIDS Scheme (untuk maklumat
lanjut sila dapatkan maklumat doktor).
Maklumat lanjut atau pun kaunseling boleh diperolehi
daripada:
Malaysian AIDS Council (website:www.mac.org.my)
Tel: 03-40474222
Email: contactus@mac.org.my
Malaysian AIDS Council (MAC) boleh juga didapati dilaman
sosial facebook (http://www.facebook.com/Malaysian.AIDS.Council) serta twitter.
Anda juga boleh berhubung dengan kumpulan sokongan HIV/AIDS
tempatan di kawasan anda (untuk maklumat lanjut hubungi doktor anda) untuk
bantuan dan kaunseling.
Friday, 19 June 2015
Friday, 12 June 2015
SIFAT-SIFAT ALKOHOL
Sifat-sifat Arak atau Alkohol
Memabukkan. Sifat yang jelas bagi arak ialah memabukkan bagi
peminumnya sama ada dengan kadar sedikit ataupun dengan kadar yang banyak.
Mabuk tersebut menyebabkan hilangnya kewarasan akal untuk menimbang segala
perbuatan yang baik atau buruk.
Dari segi Agama Islam menyatakan bahawa adapun bahan-bahan
untuk membuat arak yang disebutkan itu adalah bahan-bahan yang digunakan pada
masa sebelum dan permulaan Islam yang dibuat oleh orang-orang Arab sehingga dalam Al-Quran ada menyatakan di
antara bahan-bahan yang digunakan untuk membuat arak itu sebagaimana dalam
Firman Allah Taala dalam Surah An-Nahl ayat 67 iaitu:
Ertinya: “Dan dari buah nakhal dan anggur, kamu buat
daripadanya minuman yang memabukkan dan makanan yang enak, sesungguhnya yang
demikian itu menjadi tanda bagi orang yang memikirkan”.
Dari umar Radhiallahu Anhu berkata:
“Sungguh telah turun hukum untuk mengharamkan minum arak,
sedang arak itu terbuat dari anggur, kurma, gandum dan barli. Dan yang
dinamakan arak ialah barang yang menghilangkan akal fikiran”.
Manakala pada masa sekarang arak telah diperbuat dari
berbagai-bagai bahan selain anggur, antaranya beras, kabung, nira kelapa dan
alkohol. Dan begitu juga namanya telah direkadengan bermacam-macam nama dan
jenis seperti bir, anchor, cognac, campagne, tuak, samsu dan sebagainya. Walau
bagaimanapun bahan dan namanya yang berlainan, sama ada dari air anggur atau
biji-bijian yang lain, namun apabila ia boleh memabukkan apabila diminum, ia
adalah arak namanya pada syarak.
Di bawah ini memberikan penyataan yang jelas tentang
sifat-sifat arak:
(1). Sangat mudah meraup kerana takat didih yang rendah.
Etanol (+/- 78oC). Ini juga bergantung kepada bilangan karbon.
(2). Kebolehan melarut dalam air dan pelarut organik. Ini
juga bergantung kepada bilangan karbon.
(3). Takat beku rendah (< 0oC). ü Kebanyakkan beracun. ü
Sangat mudah terbakar, kebolehan untuk terbakar bergantung kepada bilangan
karbon dalam alkohol. Lebih banyak karbon maka lebih susah untuk terbakar.
Metanol dan etanol terbakar dalam nyalaan api berwarna kebiruan.
Alkohol boleh didapati dari pelbagai sumber, iaitu secara
semula jadi, dari proses penapaian (fermentation), dari proses pereputan bahan
organik, dari proses tindak balas petro-kimia dan dari arang batu. Kebanyakan
alkohol asas dalam keluarga alkohol bersifat sebagai “RACUN” kecuali etanol.
Sebagai contoh, etanol boleh dimakan dalam kuantiti kecil dan tidak
memudaratkan, tetapi spirit (nama kimia metanol) dalam kuantiti kecil amat
toksik jika dimakan.
Keadaan ini sama bila kedua-dua alkohol ini bertukar menjadi
asid karbosilik (R-COOH). Metanol akan menjadi asid metaniok (cuka getah) dan
etanol akan menjadi asid etanoik (cuka makan). Rasanya tidak perlu dijelaskan
bagaimana kesan toksik akibat cuka getah.
Thursday, 28 May 2015
Thursday, 14 May 2015
KAWASAN LARANGAN MEROKOK
Kawasan Larangan Merokok Mengikut PERATURAN-PERATURAN KAWALAN HASIL TEMBAKAU 2004 SUBPERATURAN 11(1)- TEMPAT-TEMPAT DILARANG MEROKOK
• Pusat hiburan atau teater
• Hospital atau klinik
• Lif dan tandas awam
• Tempat makan atau kedai berhawa dingin
• Kenderaan awam atau hentian pengangkutan awam
• Mana-mana bangunan yang diwartakan di bawah peraturan 22
• Lapangan terbang
• Premis kerajaan
• Kawasan perhimpunan
• Kawasan perhimpunan
• Kawasan institusi pendidikan dan institusi pendidikan tinggi
• Kawasan taman asuhan kanak-kanak
• Bas sekolah
• Kaunter perkhidmatan di dalam bangunan
• Kompleks membeli-belah
• Stesen minyak
• Stadium, kompleks sukan, pusat kecergasan atau gymnasium
• Bangunan atau tempat awam yang digunakan untuk tujuan keagamaan
• Perpustakaan
• Kafe internet
• Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN)
Wednesday, 13 May 2015
Tuesday, 12 May 2015
Monday, 11 May 2015
Saturday, 25 April 2015
LANGKAH-LANGKAH BERHENTI MEMINUM MINUMAN KERAS
langkah-langkah Bagi Berhenti Meminum Minuman Keras.
Penagih bagi peminum arak (Alkohol) memerlukan rawatan
seperti berikut:
Kecenderungan untuk menjadi penagih alkohol di kalangan
lelaki dan wanita adalah 4 kali ganda jika ibu bapa mereka juga penagih
alkohol. Oleh itu Ketagihan alcohol ini boleh diwarisi. Penagihan alkohol perlu dirawat sebagai satu
penyakit. Ini adalah penting dan cara yang baik untuk mengatasi masalah minum
arak ini ialah dengan berhenti meminumnya. Ada dua jenis ubat yang boleh diberi
untuk merawat masalah ini adalah ubat yang dikenali sebagai antabuse. Ubat ini
boleh menimbulkan reaksi fizikal yang teruk sekiranya pesakit meminum alkohol
semasa mengambil ubat ini. Kedua ialah ubat Naltrexone, ia menyekat keinginan
untuk meminum arak dan merasa nikmat kemabukannya.
Justeru itu seseorang individu perlu menjaga kesihatan dan
memelihara diri agar aspek kesihatan darisegi fizikal dan psikologikal sihat
daripada sebarang kesan yang serius akibat daripada penyalahgunaan alkohol.
Oleh yang demikian terdapat pepatah yang mengatakan “Menghindari lebih baik
daripada mengubati”.
Disini terdapat beberapa langkah bagi membantu individu
untuk berhenti meminum arak di antara langkah-langkah tersebut adalah:
(1) Langkah pertama dan yang terbaik untuk mengelak diri
anda dari menjadi penagih alkohol adalah dengan mengakui diri anda sebagai
seorang peminum.
(2) Ubah gaya hidup anda. Jauhi dari tempat-tempat yang
boleh menyajikan alkohol (kelab malam, parti dan majlis tari menari)
sehinggalah anda boleh mengawal diri anda dari minum. Apabila anda berjaya
mengatasi masalah ini,
mintalah jus, soda atau kopi sebagai ganti, jika anda
menghadiri majlis-majlis tertentu.
(3) Jika rakan-rakan anda mempelawa anda minum alkohol untuk
meraikan majlis mereka, terangkan kepada mereka yang anda telah berhenti. Anda
boleh mencari rakan baru sekiranya mereka tidak setuju tindakan anda ini.
(4) Dapatkan sokongan sosial dengan menghadiri perjumpaan
kumpulan motivasi/bantu diri untuk menguatkan pendirian anda.
(5) Pengawasan ibu bapa adalah penting agar anak-anak mereka
tidak terjebak dalam gejala yang negatif ini. Dengan menyiasat dengan siapa
anak-anak mereka berkawan dan sebagainya.
(6) Ketahuilah had
dan batasan anda dan kekalkan prinsip ini.
(7) Curahkan segala
masalah anda kepada yang sudi mendengarnya dan yang mengambil berat tentang
diri anda.
Mungkin ini akan mengurangkan kesedihan anda dan mengelakkan
diri dari mengambil alkohol.
(8) Cari jalan lain
untuk menenangkan diri anda selain dari alkohol (hobi, senaman, aktiviti
fizikal dan menonton wayang)
(9) Sedarilah bahawa
anda sebagai simbol dan model yang baik kepada anak-anak anda kerana mereka
belajar dari apa yang mereka lihat.
(10) Kuatkan pegangan agama anda. Semua agama melarang pengambilan
dan penyalahgunaan alkohol.
Friday, 17 April 2015
REFLEKSI
REFLEKSI
Hasil daripada membina blog ini kami dapat menimba ilmu
berkaitan dengan dadah dan kesan pengambilan bahan kimia tersebut . Selain itu
, kami dapat pengalaman tentang bahaya dadah kepada murid , keluarga ,
masyarakat dan negara . Seterusnya , kami dapat mempertingkatkan kesedaran diri
dan murid di semua peringkat tentang bahaya dadah.
Nombor Telefon Untuk Sebarang Kecemasan :
- POLIS-999
- UNIT CURE&CARE- 03-9056 2997 / 2945, 03-9058 7267
- PUSAT SERENTI- 04-945 7030
Tuesday, 31 March 2015
Friday, 27 March 2015
KESAN-KESAN MEROKOK
PEROKOK AKTIF
PEROKOK PASIF
• Lebih terdedah kepada kanser.
• Kurang kesuburan.
• Putus haid awal.
• Kematian dan keguguran bayi dalam kandungan.
• Kelahiran bayi yang kurang berat badan dan tidak cukup bulan.
2.KANAK-KANAK
• Risiko mendapat jangkitan paru-paru.
• Pertumbuhan paru-paru terganggu.
• Mengalami kesan-kesan seperti batuk-batuk, pedih mata, loya dan pening kepala.
• Sekiranya mereka pesakit jantung, mereka lebih mudah mendapat serangan jantung manakala pesakit asma pula mudah mendapat serangan asma yang teruk.
Thursday, 12 March 2015
Wednesday, 11 February 2015
Tuesday, 10 February 2015
Friday, 30 January 2015
Thursday, 8 January 2015
KEJAYAAN PPDa SMK JALAN KEBUN
Tahun 2014 merupakan tahun yang sangat bermakna buat Unit PPDa SMK Jalan Kebun kerana setelah bertungkus lumus selama hampir 5 bulan. Akhirnya berjaya mencapai target kami......
JOHAN PENGURUSAN BILIK SUMBER PPDa CEMERLANG (MENENGAH) DAERAH KLANG
Subscribe to:
Posts (Atom)