PETUNJUK

BANNER

Saturday, 27 June 2015

HIV/AIDS

DEFINISI HIV/AIDS

Acquired Immunodeficiency Syndrome atau disingkat AIDS merupakan sekumpulan gejala dan infeksi yang timbul karena rusaknya sistem kekebalan tubuh manusia akibat infeksi virus HIV atau Human Immunodeficiency Virus .Virus AIDS menyerang sel darah putih khusus yang disebut dengan T-lymphocytes.
HIV AIDS

Sejak ditemui buat pertama kalinya pada 1981, dunia mula maklum dan menyedari tentang virus HIV dan AIDS. Kita juga tahu yang penyakit ini telah meragut banyak nyawa, namun tidak dinafikan masih ramai yang terkeliru atau pun kurang memahami tentang penyakit AIDS. Oleh itu, maklumat orang ramai mengenai HIV/AIDS perlu dipertingkatkan lagi.

Apa itu HIV?

HIV (Virus Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit) merupakan virus yang memusnahkan sistem imunisasi badan menyebabkan pesakit terdedah kepada pelbagai jenis penyakit dan kanser. AIDS (Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit Akut yang Teruk) merupakan peringkat meruncing yang mana pesakit yang dijangkiti HIV mula menunjukkan jangkitan yang khusus atau sel-sel pertahanan badan turun sehingga 200/µl.

Virus terdapat dalam darah, semen, cecair badan, lelehan vagina dan susu ibu individu yang terkena jangkitan. Individu yang terkena jangkitan akan sentiasa membawa virus dan dapat memindahkan virus tersebut sepanjang hayat mereka. HIV boleh merebak melalui darah yang telah dijangkiti HIV dan cecair badan seperti ketika melakukan hubungan seks, berkongsi jarum suntikan sesama penagih dadah atau daripada ibu yang mengandung kepada anak yang dikandung (sebelum atau ketika kelahiran atau melalui susu ibu).

Virus tidak boleh merebak melalui sentuhan biasa seperti tinggal serumah, atau pun bekerja bersama pembawa HIV. Sejak AIDS dilaporkan pertama kali pada tahun 1986 sehingga tahun 2010, sejumlah 91,362 kes jangkitan HIV berlaku dan 16,352 AIDS kes berlaku di Malaysia.

Apakah gejala dan tanda?

Pada mulanya bayi dan kanak-kanak yang dijangkiti biasanya tidak menunjukkan sebarang gejala. Apabila kesan jangkitan berterusan dan sistem imunisasi menjadi lemah, gejala jangkitan akan muncul seperti:
Pembengkakkan pada nodus limfa, hati atau limpa.
Ruam pada kulit.
Serawan Mulut (tompok-tompok putih dalam mulut iaitu jangkitan kulat).
Jangkitan yang berulang-ulang dan berpanjangan.
Demam yang berpanjangan atau cirit-birit.
Pertumbuhan terbantut.

Gejala-gejala ini biasanya berlaku dalam tempoh dua tahun kelahiran bayi yang dijangkiti HIV. Pada peringkat akhir, pesakit akan mati akibat pelbagai jangkitan dan kanser

Apakah komplikasinya?

HIV adalah jangkitan berterusan yang serius. Komplikasi berlaku dengan melemahkan sistem imunisasi badan secara berterusan hingga menyebabkan pendedahan jangkitan dan kanser. Pada kanak-kanak, penyakit HIV akan menyebabkan pertumbuhan kanak-kanak terbantut bukan saja daripada segi fizikal malah perkembangan kanak-kanak itu sendiri.

Adakah terdapat rawatan bagi jangkitan HIV?

Setakat ini masih tiada rawatan bagi jangkitan HIV yang boleh dihilangkan/dipulihkan (cure) seseorang daripada penyakit ini tetapi ada rawatan ubat. Akan tetapi, rawatan ubat hanya melemahkan virus HIV daripada terus membiak. Rawatan yang terdiri daripada kombinasi beberapa ubat ini dapat membantu pesakit mengawal pertumbuhan virus dan ia juga dapat memperlahankan kemusnahan sistem imunisasi. Ia juga efektif bagi memanjangkan umur serta meningkatkan kualiti hidup pesakit jika seseorang pesakit itu terus menerus mengambil ubat itu sepanjang hayat beliau.

Adakah ia dapat dicegah?

Jangkitan HIV dapat dicegah dengan:
Elakkan berkongsi jarum suntikan.
Elakkan daripada melakukan hubungan seks yang tidak selamat atau pun seks secara rambang.
Elakkan berbilang pasangan.
Gunakan kondom.

Akhir-akhir ini rawatan anti viral ke atas ibu yang dijangkiti HIV dapat mengurangkan peluang jangkitan ke atas bayi. Wanita mengandung digalakkan membuat ujian HIV seawal yang mungkin dan mengambil langkah-langkah pencegahan.

Ujian HIV untuk ibu-ibu mengandung adalah diberi percuma di hospital dan klinik kerajaan. Jika seseorang ibu mengandung didapati menpunyai penyakit HIV, ada rawatan bagi ibu ini untuk mengurangkan risiko jangkitan virus HIV kepada janin/anak yang belum lahir.

Kaunseling adalah satu aspek yang penting dalam rawatan HIV kerana intepretasi-intepretasi yang luas dan boleh didapati di hospital-hospital kerajaan dan klinik-klinik keluarga di Kementerian Kesihatan. Kaunseling biasanya diberikan oleh doktor-doktor dan jururawat-jururawat yang mendapat latihan khas dalam bidang kaunseling. Kaunseling penting supaya pesakit dapat meneruskan hidup secara normal." Harapan kepada pembawa HIV. Pembawa HIV hendaklah meneruskan kehidupannya, berfikiran secara positif dan mengekalkan tahap kesihatan yang optimum.

Tahap kesihatan optimum boleh dicapai dengan mengamalkan gaya hidup sihat seperti tidur yang mencukupi, tidak merokok, bersenam, makan untuk kesihatan, serta menjaga kesihatan diri. Segera dapatkan rawatan awal sekiranya menghadapi masalah kesihatan. Patuhi jadual rawatan yang diberikan dan mendapatkan rawatan susulan yang telah ditetapkan. Berfikiran positif bagi mengelakkan tekanan fizikal, emosi, dan mental untuk meneruskan kehidupan. Sentiasa patuh kepada ajaran agama. Dr. Abdul Rashid Kasri (Timbalan Pengarah Kawalan Penyakit, Bahagian Kawalan Penyakit): " Bagi mereka-mereka yang telah dijangkiti HIV, jangan berputus asa. Pada masa ini, terdapat banyak bentuk rawatan yang boleh diperolehi. Kebanyakan mereka ini boleh menjalani kehidupan yang hampir-hampir seperti orang normal dengan syarat dia menjaga kesihatannya, mengamalkan cara hidup yang sihat, dan mendapatkan rawatan." Pengetahuan berkenaan AIDS adalah sangat penting dalam usaha melawan wabak ini. Oleh itu, pengetahuan orang ramai perlu terus dipertingkat. Usaha menangani masalah HIV/AIDS memerlukan komitmen pelbagai pihak dan menjadi tanggungjawab bersama

Adakah terdapat kumpulan sokongan ?

Kanak-kanak yang dijangkiti HIV boleh mendapatkan bantuan daripada Malaysian AIDS Foundation Paediatric AIDS Scheme (untuk maklumat lanjut sila dapatkan maklumat doktor).

Maklumat lanjut atau pun kaunseling boleh diperolehi daripada:

Malaysian AIDS Council (website:www.mac.org.my)
Tel: 03-40474222
Email: contactus@mac.org.my

Malaysian AIDS Council (MAC) boleh juga didapati dilaman sosial facebook (http://www.facebook.com/Malaysian.AIDS.Council) serta twitter.


Anda juga boleh berhubung dengan kumpulan sokongan HIV/AIDS tempatan di kawasan anda (untuk maklumat lanjut hubungi doktor anda) untuk bantuan dan kaunseling.

No comments:

Post a Comment