DEFINISI HIV/AIDS
Acquired Immunodeficiency Syndrome atau disingkat AIDS
merupakan sekumpulan gejala dan infeksi yang timbul karena rusaknya sistem
kekebalan tubuh manusia akibat infeksi virus HIV atau Human Immunodeficiency
Virus .Virus AIDS menyerang sel darah putih khusus yang disebut dengan
T-lymphocytes.
HIV AIDS
Sejak ditemui buat pertama kalinya pada 1981, dunia mula
maklum dan menyedari tentang virus HIV dan AIDS. Kita juga tahu yang penyakit
ini telah meragut banyak nyawa, namun tidak dinafikan masih ramai yang
terkeliru atau pun kurang memahami tentang penyakit AIDS. Oleh itu, maklumat
orang ramai mengenai HIV/AIDS perlu dipertingkatkan lagi.
Apa itu HIV?
HIV (Virus Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit) merupakan
virus yang memusnahkan sistem imunisasi badan menyebabkan pesakit terdedah
kepada pelbagai jenis penyakit dan kanser. AIDS (Sindrom Kurang Daya Tahan
Penyakit Akut yang Teruk) merupakan peringkat meruncing yang mana pesakit yang
dijangkiti HIV mula menunjukkan jangkitan yang khusus atau sel-sel pertahanan
badan turun sehingga 200/µl.
Virus terdapat dalam darah, semen, cecair badan, lelehan
vagina dan susu ibu individu yang terkena jangkitan. Individu yang terkena
jangkitan akan sentiasa membawa virus dan dapat memindahkan virus tersebut
sepanjang hayat mereka. HIV boleh merebak melalui darah yang telah dijangkiti
HIV dan cecair badan seperti ketika melakukan hubungan seks, berkongsi jarum
suntikan sesama penagih dadah atau daripada ibu yang mengandung kepada anak
yang dikandung (sebelum atau ketika kelahiran atau melalui susu ibu).
Virus tidak boleh merebak melalui sentuhan biasa seperti
tinggal serumah, atau pun bekerja bersama pembawa HIV. Sejak AIDS dilaporkan
pertama kali pada tahun 1986 sehingga tahun 2010, sejumlah 91,362 kes jangkitan
HIV berlaku dan 16,352 AIDS kes berlaku di Malaysia.
Apakah gejala dan tanda?
Pada mulanya bayi dan kanak-kanak yang dijangkiti biasanya
tidak menunjukkan sebarang gejala. Apabila kesan jangkitan berterusan dan
sistem imunisasi menjadi lemah, gejala jangkitan akan muncul seperti:
Pembengkakkan pada nodus limfa, hati atau limpa.
Ruam pada kulit.
Serawan Mulut (tompok-tompok putih dalam mulut iaitu
jangkitan kulat).
Jangkitan yang berulang-ulang dan berpanjangan.
Demam yang berpanjangan atau cirit-birit.
Pertumbuhan terbantut.
Gejala-gejala ini biasanya berlaku dalam tempoh dua tahun
kelahiran bayi yang dijangkiti HIV. Pada peringkat akhir, pesakit akan mati
akibat pelbagai jangkitan dan kanser
Apakah komplikasinya?
HIV adalah jangkitan berterusan yang serius. Komplikasi
berlaku dengan melemahkan sistem imunisasi badan secara berterusan hingga
menyebabkan pendedahan jangkitan dan kanser. Pada kanak-kanak, penyakit HIV
akan menyebabkan pertumbuhan kanak-kanak terbantut bukan saja daripada segi
fizikal malah perkembangan kanak-kanak itu sendiri.
Adakah terdapat rawatan bagi jangkitan HIV?
Setakat ini masih tiada rawatan bagi jangkitan HIV yang
boleh dihilangkan/dipulihkan (cure) seseorang daripada penyakit ini tetapi ada
rawatan ubat. Akan tetapi, rawatan ubat hanya melemahkan virus HIV daripada
terus membiak. Rawatan yang terdiri daripada kombinasi beberapa ubat ini dapat
membantu pesakit mengawal pertumbuhan virus dan ia juga dapat memperlahankan
kemusnahan sistem imunisasi. Ia juga efektif bagi memanjangkan umur serta
meningkatkan kualiti hidup pesakit jika seseorang pesakit itu terus menerus
mengambil ubat itu sepanjang hayat beliau.
Adakah ia dapat dicegah?
Jangkitan HIV dapat dicegah dengan:
Elakkan berkongsi jarum suntikan.
Elakkan daripada melakukan hubungan seks yang tidak selamat
atau pun seks secara rambang.
Elakkan berbilang pasangan.
Gunakan kondom.
Akhir-akhir ini rawatan anti viral ke atas ibu yang
dijangkiti HIV dapat mengurangkan peluang jangkitan ke atas bayi. Wanita
mengandung digalakkan membuat ujian HIV seawal yang mungkin dan mengambil
langkah-langkah pencegahan.
Ujian HIV untuk ibu-ibu mengandung adalah diberi percuma di
hospital dan klinik kerajaan. Jika seseorang ibu mengandung didapati menpunyai
penyakit HIV, ada rawatan bagi ibu ini untuk mengurangkan risiko jangkitan
virus HIV kepada janin/anak yang belum lahir.
Kaunseling adalah satu aspek yang penting dalam rawatan HIV
kerana intepretasi-intepretasi yang luas dan boleh didapati di
hospital-hospital kerajaan dan klinik-klinik keluarga di Kementerian Kesihatan.
Kaunseling biasanya diberikan oleh doktor-doktor dan jururawat-jururawat yang
mendapat latihan khas dalam bidang kaunseling. Kaunseling penting supaya
pesakit dapat meneruskan hidup secara normal." Harapan kepada pembawa HIV.
Pembawa HIV hendaklah meneruskan kehidupannya, berfikiran secara positif dan
mengekalkan tahap kesihatan yang optimum.
Tahap kesihatan optimum boleh dicapai dengan mengamalkan
gaya hidup sihat seperti tidur yang mencukupi, tidak merokok, bersenam, makan
untuk kesihatan, serta menjaga kesihatan diri. Segera dapatkan rawatan awal
sekiranya menghadapi masalah kesihatan. Patuhi jadual rawatan yang diberikan
dan mendapatkan rawatan susulan yang telah ditetapkan. Berfikiran positif bagi
mengelakkan tekanan fizikal, emosi, dan mental untuk meneruskan kehidupan.
Sentiasa patuh kepada ajaran agama. Dr. Abdul Rashid Kasri (Timbalan Pengarah
Kawalan Penyakit, Bahagian Kawalan Penyakit): " Bagi mereka-mereka yang
telah dijangkiti HIV, jangan berputus asa. Pada masa ini, terdapat banyak
bentuk rawatan yang boleh diperolehi. Kebanyakan mereka ini boleh menjalani
kehidupan yang hampir-hampir seperti orang normal dengan syarat dia menjaga
kesihatannya, mengamalkan cara hidup yang sihat, dan mendapatkan rawatan."
Pengetahuan berkenaan AIDS adalah sangat penting dalam usaha melawan wabak ini.
Oleh itu, pengetahuan orang ramai perlu terus dipertingkat. Usaha menangani
masalah HIV/AIDS memerlukan komitmen pelbagai pihak dan menjadi tanggungjawab
bersama
Adakah terdapat kumpulan sokongan ?
Kanak-kanak yang dijangkiti HIV boleh mendapatkan bantuan
daripada Malaysian AIDS Foundation Paediatric AIDS Scheme (untuk maklumat
lanjut sila dapatkan maklumat doktor).
Maklumat lanjut atau pun kaunseling boleh diperolehi
daripada:
Malaysian AIDS Council (website:www.mac.org.my)
Tel: 03-40474222
Email: contactus@mac.org.my
Malaysian AIDS Council (MAC) boleh juga didapati dilaman
sosial facebook (http://www.facebook.com/Malaysian.AIDS.Council) serta twitter.
Anda juga boleh berhubung dengan kumpulan sokongan HIV/AIDS
tempatan di kawasan anda (untuk maklumat lanjut hubungi doktor anda) untuk
bantuan dan kaunseling.