PETUNJUK

BANNER

Monday, 29 August 2016

KARNIVAL PPDa SMK RAJA MAHADI

TARIKH : 29 OGOS 2016
PENGANJUR : UNIT PENDIDIKAN PENCEGAHAN ANTI DADAH SMK RAJA MAHADI
TEMPAT : SMK RAJA MAHADI 
OBJEKTIF PROGRAM :
 1. MEMUPUK KESEDARAN MURID-MURID SMK JALAN KEBUN MENGENAI PENYALAHGUNAAN DADAH
2. MENDEDAHKAN MURID-MURID KEPADA TAMGGUNGJAWAB MEREKA DALAM MEMBANTERAS PENYALAHGUNAAN DADAH DI KALANGAN MURID SEKOLAH
3. MEMUPUK SEMANGAT BEKERJASAMA DAN BERSATUPADU SEWAKTU MEMBUAT AKTIVITI

pelajar badan beruniform pengakap SMK Jalan Kebun juga turut serta mengikuti sesi ceramah Perawat di program Karnival SMK Raja Mahadi 


penyampaian cenderahati kepada bekas penagih yang berkongsi pengalaman di Karnival SMK Raja Mahadi 

pegawai PPDa Daerah Klang En. Sehaimi merasmikan program Karnival PPDa SMK Raja Mahadi

pelajar SMK Jalan Kebun yang menerima sijil dari pengetua SMK Raja Mahadi

Tuesday, 19 July 2016

KARNIVAL PPDa SMK KOTA KEMUNING

TARIKH : 19 JULAI 2016
PENGANJUR : UNIT PENCEGAHAN DADAH PERINGKAT DAERAH KLANG
TEMPAT : SMK KOTA KEMUNING
OBJEKTIF : MEMUPUK KESEDARAN MURID-MURID SMK JALAN KEBUN MENGENAI PENYALAHGUNAAN DADAH



Sesi bergambar bersama perasmi karnival SMK Kota Kemuning

Friday, 22 April 2016

Jambori PPDa( Peringkat Daerah Klang )

PENGANJUR : Unit Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Daerah Klang
TARIKH : 19- 21 April 2016
TEMPAT: Kem  Proton Valley  Hulu Langat 
OBJEKTIF PROGRAM:
 1. Mendedahkan murid-murid kepada tanggungjawab mereka  dalam penyalahgunaan dadah di kalangan murid sekolah.
2. Memupuk semangat bekerjasama  dan bersatupadu sewaktu membuat aktiviti
Sebahagian pelajar lelaki yang mengikuti  program Jambori PPDa 

Pelajar SMK Jalan kebun  dan guru yang mengikuti Jambori PPDa

Barisan Jurulatih serta AJK Jambori PPDa Peringkat Daerah Klang

Aktiviti membuat buku Skrap dalam Kumpulan


Monday, 18 April 2016

WATIKAH PERLANTIKAN SKUAD

TARIKH : 18 APRIL 2016
TEMPAT : DATARAN SERI AKMAL, SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JALAN                            KEBUN 
MASA : 7.30 PAGI HINGGA 9.00 PAGI
OBJEKTIF  PENYERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN SKUAD
Pn Hajah Che Norkhasimah, Pen. Kanan Hal Ehwal Murid SMK Jalan Kebun menyampaikan ucapan bersempana Majlis Penyerahan Watikah Skuad
Barisan Pentadbir SMK Jalan Kebun dan En Noor Azhar bin Mohammad (Penyelia Pendidikan Pencegahan Dadah dan Disiplin, Pejabat Pendidikan Daerah Klang) selaku perasmi program
Penyerahan Watikah Perlantikan Skuad
Lafaz Ikrar Skuad





Tuesday, 12 April 2016

Operasi  Ops Ponteng

PENGANJUR : PIBG/Unit Disiplin dan Unt Bimbingan dan Kaunseling
TARIKH  : 12 April 2016
TEMPAT : SMK Jalan Kebun
OBJEKTIF PROGRAM :
1. Memastikan pelajar pelajar tidak ponteng  sekolah
2. Memastikan tidak terlibat gejala negatif
3. Membanteras budaya lepak dikalangan pelajar

Barisan PIBG bersama pengetua dan  Ajk  Operasi ponteng 

sebahagian pelajar yang ditangkap sewaktu ops ponteng

Pegawai- pegawai  ops ponteng menjamu selera  selepas operasi ops ponteng selesai

Pengetua memberi cendehati kepada pegawai yang membantu dalam operasi ops ponteng

PEMERIKSAAN UJIAN AIR KENCING OLEH PIHAK AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN

TARIKH : 12 APRIL 2016
TEMPAT : BILIK RAWATAN, SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JALAN KEBUN
MASA : 8.30 PAGI
OBJEKTIF
1.  Bagi memastikan murid – murid tidak terlibat dengan salah laku penggunaan dadah.
2.  Memastikan murid – murid yang dirasakan berkecenderungan ke arah pengalahgunaan dadah tidak terlibat secara aktif dalam penyalahgunaan dadah.
3.Memastikan agar murid – murid sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat.






Friday, 11 March 2016

Kursus Kepimpinan AJK Induk Persatuan /Badan beruniform/Kelab

TARIKH11 Mac  2016
TEMPATDewan Terbuka, SMK Jalan Kebun
MASA8.00 pagi hingga 12.55tgh
PENGANJURUnit Bimbingan Dan Kaunseling

OBJEKTIF :
1.Memupuk sifat kepimpinan dan yakin diri sewaktu menjalankan tugas serta mengetahui ciri-ciri seorang pemimpin yang baik. Mengenal diri sendiri sebagai pemimpin dan mengenali kawan-kawan
2. Mewujudkan kumpulan pemimpin yang bekerja di dalam satu pasukan
3. Mewujudkan keyakinan diri

penceramah En Fuad mengetuai aktiviti ice breaking


Pelajar –pelajar memberi fokus sewaktu penceramah memberi taklimat aktiviti

                              Pelajar sedang membuat membuat aktiviti komunikasi berkesan                                                                                                               


Monday, 22 February 2016

PENGHAKIMAN TOP 3 BILIK PPDa PERINGKAT NEGERI SELANGOR

TARIKH :22 FEBRUARI 2016 
PENGANJUR : JABATAN PELAJARAN SELANGOR
TEMPAT : BILIK PPDa, SMK JALAN KEBUN 
OBJEKTIF : PEMANTAUAN DAN PENILAIAN UNTUK TOP 3 BAGI NEGERI SELANGOR DAN UNTUK MEMBERI PENGANUGERAHAN KEPADA BILIK PPDa

Pengawas PPDa menjemput para hakim

Pengetua bersama para hakim dengan pengawas PPDa 

Persembahan pelajar yang ditujukan kepada para hakim

                                      Sesi soal jawab oleh para hakim dengan pengawas  PPDa                                                                                                               


Wednesday, 17 February 2016

JELAJAH AADK 2016

TARIKH : 17 FEBRUARI 2016
TEMPAT : PLAZA ALAM SENTRAL, SHAH ALAM, SELANGOR
PENGANJUR : AADK SELANGOR
MASA : 9.00 PAGI HINGGA 12.30 TENGAH HARI
OBJEKTIF :  Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada peranaan AADK  kepada pengawas PPDa.Ini adalah pelancaran program jelajah AADK peringkat Negeri Selangor
  
Pelajar –pelajar yang mengikuti Jelajah AADK Negeri Selangor

Bersama-sama dengan pengarah AADK Kebangsaan 
sesi  bergambar bersama pegawai –pegawai AADK 

Mengambil  bahagian  dalam  permainan 

Tuesday, 2 February 2016

INHALAN

Inhalan
DEFINISI INHALAN

Ramai di kalangan kita terutamanya ibubapa sering bimbang mengenai penyalahgunaan dadah seperti ecstasy, ganja, ‘syabu’ dan lain-lain di kalangan anak-anak kita terutamanya yang berusia remaja. Akan tetapi kita biasanya terlupa malah tidak menyedari, atau mengabaikan kemungkinan terdapat penyalahgunaan produk-produk yang biasa digunakan di rumah dengan cara menghidu atau menyedut wapnya. Produk-produk ini kebiasaannya dianggap sebagai tidak merbahaya akan tetapi sebenarnya produk-produk ini mengandungi bahan pelarut organik beracun, yang apabila dihidu atau disedut wapnya akan menyebabkan ketagihan, atau berpotensi mengakibatkan kematian secara tiba-tiba.

Kegiatan menghidu bahan-bahan ini, kebanyakannya gam, sering melibatkan golongan remaja termasuk kanak-kanak berusia antara 10 hingga 18 tahun, demikian menurut pihak polis yang telah dapat mengesan kegiatan ini di Perak. Pada pertengahan tahun 2001, masyarakat Malaysia dikejutkan pula dengan berita kematian beberapa orang pelatih Pusat Serenti Sungai Ruan, Raub, Pahang. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Belia dan Sukan Pahang, penyakit yang menyerang pelatih tersebut berpunca daripada perbuatan mereka menghidu bahan kimia seperti gam, “thinner” dan petrol secara berterusan untuk menghilangkan ketagih.

Apakah inhalan?

Inhalan dikenali juga sebagai bahan hiduan atau sedutan adalah bahan mudah meruap (volatile) yang dihidu atau disedut untuk menimbulkan kesan psikoaktif atau merangsangkan perubahan minda. Umumnya, inhalan boleh dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu:

1. Pelarut Mudah Meruap

Merupakan cecair yang akan meruap pada suhu bilik. Pelarut ini didapati dalam kebanyakan produk-produk yang biasa digunakan di rumah atau untuk tujuan penggunaan perubatan dan industri. Produk-produk tersebut termasuklah cat dan penipis/pelarut cat, bahan pelindung fabrik, penanggal gris, bahan pengilat, minyak gas, minyak petrol, gam dan pelekat, cecair pemadam dan dakwat pen.

2. Bahan gas

Merupakan bahan yang banyak digunakan dalam perubatan seperti eter, klorofom, haloten dan nitrous oksida. Produk kegunaan di rumah yang mengandungi gas termasuklah pemetik api yang berisikan gas butana, tong gas propana dan gas peti sejuk iaitu freon. Penyembur aerosol pula biasanya mengandungi kedua-dua bahan pelarut dan gas. Antara penyembur aerosol yang mudah didapati di rumah adalah cat penyembur, semburan pewangi, penyembur rambut dan penyembur pelindung fabrik.

3. Bahan Nitrit

Merupan sejenis bahan sedutan yang sering digunakan sebagai pemangkin seks dan mudah diperolehi di kelab-kelab malam. Antara bahan nitrit yang biasa digunakan adalah sikloheksil nitrit, amil nitrit dan butil nitrit yang terdapat dalam sebahagian jenama penyegar udara. Nama lain yang biasa dikenali oleh penagih ialah Climax, Rush, Locker Room dan Popper. Inhalan berbentuk bahan mudah meruap dan bahan gas lebih digemari oleh golongan awal remaja, walau pun terdapat juga golongan dewasa yang menggunakannya. Orang dewasa biasanya terdedah kepada bahan sedutan melalui pekerjaan mereka, manakala golongan remaja yang lebih berumur biasanya memperolehi dan terdedah kepada bahan nitrit di kelab-kelab malam.

KESAN PENGGUNAAN

Kebanyakan inhalan bentuk pelarut dan gas akan menyebabkan penagih berasa khayal. Kesannya seakan sama dengan mabuk akibat meminum alkohol yang banyak. Perasaan khayal ini biasanya berlaku selama 15 hingga 45 minit dan akan berterusan sehingga satu hingga dua jam. Sekiranya kuantiti atau kepekatan inhalan itu tinggi, penagih mungkin hilang deria rasa, dan seterusnya tidak sedarkan diri.

Sekiranya wap inhalan disedut dengan kuat dan dalam, atau digunakan dengan banyak dalam tempoh yang singkat, seseorang itu akan hilang kawalan diri, berkelakuan agresif, tidak sedarkan diri, atau mati. Seiringan itu, penagih juga akan berasa loya dan muntah. Jika muntah terjadi ketika pengsan, kematian boleh berlaku akibat tersedak dan kesesakan nafas.

Seandainya inhalan yang dihidu berkepekatan tinggi, kegagalan jantung dan kematian mengejut boleh terjadi. Hiduan boleh membunuh walau pun kali pertama atau pun hiduan seterusnya. Inhalan yang pekat menyebabkan kesesakan nafas akibat kekurangan oksigen. Selain itu, penekanan sistem saraf pusat yang serius boleh melambatkan dan seterusnya menghentikan proses pernafasan.

Seperti penagih benda-benda lain, inhalan boleh mengakibatkan pergantungan fizikal dan psikologi kepada penagih jika digunakan untuk beberapa hari atau lebih. Penagihan yang berterusan dalam jangkamasa panjang boleh mengakibatkan kerosakan sel-sel otak yang kekal. Penagih akan hilang daya tumpuan, mudah marah, hilang ingatan, mengalami kekeliruan serta kemurungan. Selain itu, selera makan serta berat badan penagih turut merosot. Penagih juga akan mengalami keletihan serta kawalan pergerakan badan akan turut terjejas.

Sebahagian inhalan juga boleh merosakkan organ-organ utama badan seperti paru-paru, hati, buah pinggang, darah dan sum-sum tulang. Bahan nitrit yang disedut bertindak membesarkan salur darah, meningkatkan kadar degupan jantung dan menghasilkan keseronokan yang mampu bertahan selama beberapa minit sahaja. Kesan-kesan lain adalah rasa panas, pening dan sakit kepala. Bahan nitrit dipercayai berupaya menambahkan keseronokan dan keupayaan seksual.



Bahaya bahan-bahan kimia yang terdapat dalam  kebanyakan inhalan
Didapati dalam
Amil nitrit, Butil nitrit
Poppers, Climax, Rush
Benzene
Minyak petrol
Butane, Propane
Cecair pemetik api, semburan cat dan rambut
Metilena klorida
Penanggal/penipis cat,penyahgris
Nitrous oksida,
Krim ‘whipping’, tangki gas
Toluin
Minyak petrol,gam,penanggal/penipis cat, cecair pemadam
Trikloroetilena
Penanggal kotoran, penyahgris, cecair pemadam
Heksana
Gam, Minyak petrol

Kematian mengejut kerana dihidu, ketahanan badan berkurang, kerosakan sel darah merah.
Kerosakan sum-sum tulang, ketahanan badan berkurang, risiko penyakit leukemia bertambah, kerosakan sistem pembiakan, kematian mengejut melalui kesan ke atas jantung, kesan terbakjar yang teruk.
Mengurangkan keupayaan darah untuk membawa oksigen, perubahan otot dan denyutan jantung.
Kematian akibat kurang oksigen di otak, pengsan, fungsi jantung terjejas.
Kerosakan otak (hilang kewarasan fikiran dan keseimbangan badan, hilang penglihatan dan pendengaran), hati dan buah pinggang.
Kemamatian mengejut akibat dihidu, sirosis hati, kerosakan pendengaran dan penglihatan, komplikasi sistem pembiakan, kekejangan anggota badan, kebas.

LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN

Menghidu atau menyedut inhalan BOLEH MEMBUNUH walau hanya dengan sekali sedutan atau hiduan sahaja. Oleh itu ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan yang merupakan pendamping utama remaja perlulah melakukan sesuatu agar masalah ini dapat dicegah seawal mungkin. Antara yang dapat dilakukan adalah:

Sentiasa sedar, waspada serta mengambil tahu tentang masalah ini dengan cara mendapatkan maklumat lanjut tentang penagihan bahan sedutan, jenis bahan yang sering disalahgunakan, dan cara-cara untuk mengesan masalah ini sekiranya terjadi di kalangan anak-anak, anak murid atau rakan-rakan anda
Pastikan anak-anak, anak murid atau rakan-rakan anda mengetahui tentang bahaya-bahaya merokok, minum arak, penyalahgunaan dadah serta inhalan.
Elakkan membeli produk-produk yang mudah disalahgunakan seperti bahan pelarut dan produk-produk berasaskan bahan pelarut, gas, minyak petrol dan aerosol. Usahakan untuk mendapatkan produk-produk alternatif yang berasaskan air sekiranya ada.
Sentiasa awasi mengenai kuantiti produk yang telah digunakan, sekiranya kuantiti yang digunakan agak banyak, soal dan lakukan penyiasatan lanjut
Sekiranya anda mensyaki sebarang perubahan tingkah laku anak atau rakan anda, tanya dan cakap dengan mereka mengenai perkara yang membimbangkan anda. Jangan tangguhkan untuk berdepan dengan mereka.

Elakkan sikap ‘tidak apa’- Ingatlah bahawa satu sedutan atau hiduan mungkin akan membunuh orang tersayang.

Friday, 22 January 2016

KESAN SAMPINGAN MENGHISAP ROKOK VAPER













ROKOK elektrik kebiasaannya dikatakan lebih selamat dari rokok 
konvensional alias rokok tembakau. Namun menurut kajian saintis 
Jepun, rokok elektrik atau lebih dikenali vapor kini boleh menjadi 
agen penyebab kanser 10 kali ganda berbanding tembakau biasa.

Hal tersebut telah dipelajari oleh pasukan penyelidik yang 
ditugaskan oleh Kementerian Kesihatan Jepun yang mempelajari 
wap yang dihasilkan oleh rokok elektrik. Menurut laporan media, 
seperti dipetik dari Channelnewsasia, Khamis, (23/11/2014), rokok
 elektrik ini mempunya risiko karsinogen yang lebih berbahaya

Rokok elektrik ini semakin popular di seluruh dunia, terutama 
di kalangan anak muda. Alat tersebut bekerja dengan memanaskan 
cecair berperisa, yang mengandungi nikotin, menjadi wap yang 
dihirup seperti rokok tradisional, tetapi tanpa asap.

Penyelidik mendapati karsinogen seperti formalin dan asetaldehida 
dalam wap yang dihasilkan oleh beberapa jenis cecair rokok elektrik, 
menurut laporan televisyen TBS. Formalin, zat yang ditemui 
dalam bahan bangunan dan kapur barus mayat, 10 kali ganda
 jumlahnya ditemukan pada rokok elektrik, daripada asap rokok biasa.

Naoki Kunugita dan pasukannya dari Institut Kebangsaan 
Kesihatan Masyarakat menyampaikan laporan kepada pihak 
kementerian. Baik para ilmuwan mahupun orang dari Kementerian 
Kesihatan akan bersedia untuk mengesahkan laporan itu.

Secara umum dengan banyak bidang kuasa, Jepun tidak 
menetapkan rokok elektrik yang mudah dibeli di Internet. 
Walau bagaimanapun, tidak seperti di beberapa negara-negara 
Barat, rokok elektrik ini tidak boleh didapati di kedai-kedai.

Pada bulan Ogos, Pertubuhan Kesihatan Dunia WHO meminta 
kerajaan untuk melarang penjualan rokok elektrik kepada anak-anak. 
Badan kesihatan PBB juga mengatakan rokok elektrik harus 
dilarang digunakan di dalam bilik di lokasi umum.


Wednesday, 13 January 2016

BAHAYA ROKOK VAPOR

ROKOK vapor sedang menjadi fenomena baru dalam masyarakat Malaysia. Ramai yang beralih ke rokok vapor kerana, menganggap cara merokok seperti ini lebih selamat dan lebih bergaya, tanpa mengurangi kenikmatan seperti menghisap rokok tembakau itu sendiri.

Namun pengkaji banyak yang sudah membuktikan fakta penemuan bahaya dari setiap hisapan rokok elektrik. Berikut penjelasannya.

Pertama, rokok elektrik didakwa mengandungi bahan seperti Diethylene Glycol (DEG), Tobacco Specific Nitrosamines (TSNA), dan karbon monoksida yang berbahaya bagi tubuh badan. Tambahan bahaya, benda tersebut juga ada yang mengandungi formalin.


Kedua, penggunaan rokok elektrik dalam jangka lama akan meningkatkan kadar plasma nikotin secara signifikan.

Ketiga, benda dengan campuran pelbagai perasa ini akan meningkatkan kekerapan nadi dan kadar plasma karbon monoksida secara ketara sehingga mengganggu kesihatan tubuh badan.


Berdasarkan data di atas, ketika ini rokok elektronik belum terbukti selamat sebagai alternatif untuk terapi gantian pengambilan nikotin. Dikutip dari pelbagai sumber.

Monday, 11 January 2016

Taklimat Vape

TARIKH11 Januari 2016
TEMPAT : Dewan Terbuka, SMK Jalan Kebun
OBJEKTIF PROGRAM:
1. Pelajar mengetahui bahaya vape kepada pelajar
2. Pelajar juga mengatahui
3. Memberi dan menanam keyakinan diri pelajar untuk terus maju dalam aspek intelektual dan emosi
4. Pelajar-pelajar akan lebih rasional dalam menghadapi realiti kehidupan sebagai seorang remaja.

PENCERAMAH : Pn.Che Nor Khasima bt MD Nor
BILANGAN PELAJAR : Semua warga sekolah

Pn.Che Nor Khasima  bt MD Nor selaku PK HEM memberi taklimat vape





Saturday, 9 January 2016

AWAS !!! BAHAYA ROKOK ELEKTRIK

 Masyarakat selama ini menilai asap rokok elektrik adalah tidak merbahaya. Namun, asap yang mengandung bahan kimia tersebut, mampu menyebabkan jangkitan kuman pada paru-paru.

Kajian ini dilakukan oleh para penyelidik dari John Hopkins University di Baltimore, Amerika Syarikat. Mereka menggunakan tikus untuk melakukan percubaan efek sampingan pada  asap rokok elektrik.

Kajian itu mendapati wap dari rokok elektrik yang mengandung racun, mengganggu sistem pernafasan, bagi yang menghisap ataupun orang-orang yang menghirupnya.


Lebih lanjut, dalam penelitian tersebut, asap rokok elektrik dinyatakan menghambat kemampuan tikus untuk membersihkan bakteria dari paru-paru. Sehingga virus menyebabkan peningkatan berat badan dan kematian.

Perlu diketahui, rokok ini membahayakan sistem kekebalan tubuh dalam paru-paru, hal ini disebabkan rokok elektrik menghasilkan bahan kimia yang berbahaya, sama seperti rokok nikotin tradisional.

Seperti yang dilaporkan oleh Timesofindia, Jumaat (6/2/2015), Seorang profesor dari Johns Hopkins Bloomberg School of Public Health di Amerika Syarikat, Shyam Biswal mengatakan “Kajian kami mendapati rokok elektrik membahayakan kekebalan tubuh dan mendatangkan keburukan pada paru-paru.”

Perokok di kalangan remaja kini sebahagian berpindah dari menggunakan rokok nikotin tradisional ke rokok elektrik. Sebahagian orang menilai bahawa, rokok elektrik menurunkan risiko kesihatan termasuk penyakit paru-paru.

Untuk mengetahui kebenarannya, kajian menguji dengan menggunakan tikus sebagai model. Dalam penelitian ini, tikus dibagi menjadi dua kelompok. Pertama, tikus diletakkan dalam ruangan inhalasi yang mengandung asap rokok elektrik dan kelompok tikus kedua hanya terkena udara.


Hasil kajian mendapati tikus yang tercemar asap rokok elektrik mengalami gangguan imun dan infeksi bakteria. Hal ini disebabkan, rokok elektrik mengandung radikal bebas atau racun dalam asap rokok dan pencemaran udara. Radikal bebas mampu merosak DNA atau molekul lain di dalam sel yang menyebabkan kematian pada sel tubuh.